Wednesday, 10 October 2012

#Tutorial 1 (Cara buat profile Badge)



Hari ni dapat belajar sesuatu yang baru.
For your all information,
efa ni masih baru lagi dalam dunia blogging
start ber blogging pun sebab pengaruh roomate
Dia memang kaki blogging dan professional habis la
jadi bila selalu tgk dia dgn dunia belog dia
rasa menarik plak..
rasa ingin cuba
Biasalah kan kita nie penuh dgn perasaan ingin tahu,ingin cuba sesuatu yang baru.
jadi efa trylah buat blog sendiri
tu pun zizie yang banyak ajar
mula-mula tu excited gak lah sebab dah ada blog sendiri
tapi lama-lama rasa bosan plak
sebab kita xda idea nak update apa
pastu rasa rendah diri,tgk orang lain ada ramai pollower
pastu diorang punya blog bukan main cantik
nak dibandingkan dengan blog efa nie,macam langit dan bumi jauhnya...
Bila update blog pun xpernah publish kat mana-mana
xpernah promote kat mana3 blog lain
rasa malu sangat.hehe
Tapi lama-lama rasa minat datang balik
try la perbaiki blog ni biar tambah ceria sikit
walaupun xsetanding dengan blog3 lain yg sgt gojess tu tapi okeylaaaa,xdalah buruk sgt kan blog efa nie...kan ? kan? hehe




Hari nie efa belajar cara nak buat profile badge kat blog
so apakata kalau kongsi ilmu nie dgn org lain yg sama nasib dgn efa nie
xreti nak buat profile badge
ingat kan susah,rupanya senang la sgt..haha

1 : Klik Link ni 
http://www.facebook.com/badges/

Biar keluar macam ni



2 : Klik profile badge


3 : Klik Edit This Badge



4 : Pilihla benda-benda yang kita nak kat profile kita

5 : Klik save 

6 : Bawah choose where to add the badge => klik blogger

7 : Klik edit content

8 : Copy semua code dalam tue

9 : Pergi kat layout blog,klik add a gadget

10 : Pilih HTML/Javascript

11 : Paste semua coding

12 : SAVE !!

Mudah dan cepat...selamat mencuba
Lepas ni harap-harap dpt banish perasaan rendah diri xbertempat tue
kalau xusaha mana nak berjaya kan
Doakan efa semoga efa sentiasa ingin belajar
salam syg dari effa Madi
ceriakan hidupmu selalu dgn senyuman
bagi senyuman yang paling manis tauuu:)

Friday, 5 October 2012

Bertunang Bukan ”Tiket” Untuk Berdua-Duaan

Assalamualaikum ..
                               


Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. 


Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen
 yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.




Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti.
Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan.
Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.




Bertunang tiada bezanya dengan bercinta.
Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan,
maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan,
berpegang-pegangan
dan
 melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan
dan
 pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat,
 jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.




Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat




Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya.
Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang.
 Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah.
 Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.




Oleh itu, walaupun sudah bertunang,
jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri.
 Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas,
 tidak berdua-duaan,
tidak mendedahkan aurat,
 tidak meninggalkan solat dan sebagainya.
Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan.
Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya.
 Jagalah maruah agama,
diri dan keluarga.
 Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.




Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya
dan
 kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
 Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.





- Artikel iluvislam.com

Friday, 28 September 2012

Hakikat Sebuah Perkahwinan


                                      Assalamualaikum....



Sekarang ramai orang yang sedar kelebihan kahwin muda.Ramai kawan-kawan efa yang sudah berkahwin walaupun masih belajar.Kahwin muda tidak salah dan sangat dituntut supaya tidak berlaku zina di hari kelak.Dekat facebook sekarang ramai pengantin-pengantin baru di luar sana upload gambar kahwin mereka,efa ni memang suka tgk gambar orang kahwin.efa akan senyum dan mulala terbayang efa yang duduk atas pelamin tue..wahh bahagianya,pastu mulala berangan nak kahwin juga..hehehe~

Lagi satu,orang yang sedang hangat bercinta selepas kahwin mesti masih dalam mood honeymoon,maknanya apa yang dilakukan pada pasangan mesti nak sweet sweet gitu..hehe contohnya hantar post-post romantik kat wall pasangan..ayat-ayat romantik diorang menggambarkan betapa bahagianya mereka di saat itu..orang baru berkahwin kan,semuanya indah..
dan bila saya yang single dan masih xkahwin nie baca mulala timbul perasaan cemburu dan nak juga seperti mereka alami. hehehe~
WALHALNYA , ada sesuatu yang saya xnampak di sebaliknya,apa yang saya nampak hanya satu kisah yang bahagia,manis,sweet,seronok namun demikian di sebaliknya ada satu kisah lain tentang PERKAHWINAN ini.. kalau nak tahu,bacalah kata-kata dari  Madam. Fauziah Mohd Noor. nanti  =p






 Bila anda tengok gambar nie,apa yang terlintas di fikiran anda?
apa yang anda fikir sama dengan saya fikir

picture by : Dr.Attaful Arshad dan Tini Mohamad

sebuah luahan hati yang sangat menarik hati saya :) selamat membaca


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


p/s : Rasa ada benar juga apa yang dikatakan oleh puan ini.Efa tgk ramai orang yang baru kahwin@ kahwin muda beromantik di laman facebook...Bila efa baca status3 diorang yang sedang berbahagia,terlintas dalam hati efa.... wauuu romantiknya,bestnyaaa kahwin,,bahagianya sedangkan hakikatnya kita xtahu tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan sangat besar dan xsemuanya manis belaka..ada pahit juga,cuma yang pahit itu kita xnampak..

terima kasih membaca,salam syg dr effaMadi <3

Thursday, 13 September 2012

Happy Birthday


Assalamualaikum..
Hai you alls..wah wah lama bangat x update ceritera saya ni.
Buzy la katakan,belum lagi jadi wakil rakyat tue..hehe

Ok.fine! da start mengarut =_='
kita straight to the point lah.xyah kona-kona
pada 11 SEPTEMBER 2012 baru-baru nie adalah birthday cik mek molek kita ,nurul nabila mas sudin
sooo
sebab kami semua ni caring dan loving each other
kami semua kawan sekelas BTKM keluar makan-makan KFC di Eon Jusco utk menyambut Birthday Nurul Nabila Mas Sudin yang ke-20..
Alang-alang bulan september kami sambut sekali Hari Jadi Datul dan Hafiz..
Kami xdapat sambut birthday mereka sebelum nie sebab masa tu kami sedang cuti semester.

Majlis yang diadakan simple je tapi sangat meriah yoww
,lebih-lebih lagi kek hari jadi yang sedap sangat dan menepati selera semua..

Terima Kasih kepada Hasnaa kerana sponsor kek coklat .



soo
lepas makan apa lagi..
acara yang dinanti-nantikan..
shoppingggggg !!!
Dah alang-alang kat shopping complex memang xsah la kan xmembeli mempeghabihkan duet ptptn.hehe
Kalau dah shopping tu memang xingat dunia dah.
Duit tu laju je keluar macam air paip.air paip xselaju tuu..
ngeh ngeh ngeh

okey
Dah kenyang makan,dah penat shopping,dah habis duit
apalagi balikla
nanti balik nak sambung tidur study ..

#study la sesangat kan..studo adelarr..kiki



bye.salam sayang dari effa madi <3






Friday, 13 July 2012

Keputusan UPU:Universiti Mana?



Assalamualaikum.......
Hari nie 13 JULAI 2012 maka keluarlah keputusan UPU bagi pelajar sesi 2012/2013...
berdebar seyh,ingat balik masa giliran efa tahun lepas,
tidur xlena,mandi xbasah,makan xkenyang dok fikir ker keputusan nie.
Semasa kita isi permohonan UPU nie kita diberi 8 pilihan tempat kosong,so kita isi jelah Universiti mana yang kita minat dengan course yang bersesuaian dengan kita.
efa nie dengan bangganya slumbernya isi U yg efa minat

1st choice : UPM
2nd choice: UKM
3rd choice : UPM
.
.
.
.
.
UPM/UKM

Lepas tue efa dengan yakinnya kata kat diri sndiri,
ok!
lepas nie comfirm dapat UPM idok pun UKM..
sebab dari pilihan pertama sampai pilihan kelapan semua pilih U tue jer..U lain xnak ker?
amboi bukan kemain nak U high class kan..haha
xsalahkan kita nak pilih U yg terbaik..untuk sapew gak,untuk diri kita sendiri juga..kan? kan? kan?

selepas berminggu-minggu tunggu akhirnya keluarlah keputusan UPU..
Masa tue debar xyah cakapla..anggap Fahrin Ahmad ajak keluar dinner,macam tu lah berdebarnya..hihihi  kawan-kawan semua call,,
ehh kau dapat U 
mana..kau?
aku dapat UPM..
wahhh!! hebatlaa,,
tahniah... kau efa?? tuttttttt .... (talian mati,ekekeke) jahat kan..hahhaa


sebenarnya bukan xnak bagitahu,xcek lagi la,baru nak cakap kredit habis..hehehehe





sekarang senang je.

boleh cek keputusan UPU dengan hantar message je..
jadi siapa yang xda komputer kat rumah,xda internet boleh cek guna handphone je..
nothing imposibble okey.. :)
Dah xboleh bagi alasan lagi.

Jadi lepas dah puas skodeng result kengkawan kini tiba giliran efa plak,
dengan ketar-ketarnya tekan tetikus dan masuk laman web KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)..
click-click duatiga kali..panggg! keluarlah result depan mata...

TAHNIAH !
ANDA BERJAYA DITAWARKAN ke

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
dengan kursus
Ijazah Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi penyelenggaraan) (dengan kepujian)




xingat dah tawaran dia camana tp macamtue laa,hehe

Efa freeze kejap depan laptop tue, hah! UTeM?? universiti apa tue?
hurmm kecewa sgt sebab efa harapkan UPM/UKM..
tuelah yakin kemain....
tgkk,KIta hanya merancang,Allah yang menentukan segala-galanya..
dengan xexcitednya efa bagitahu berita nie kat kakak ..

kaktie dpt utem
hah! uniten?

bukanlah,utem...
ohhhhhh UNITEN eaaUTeM laaa (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)


see?
kakak efa pun xtahu utem nie wujud..hahhaha..bila efa siasat (ala-ala detective conan gitu) barula efa tahu yang UTeM nie universiti baru sebab tulah ramai yang x tahu..
okey
,dengan redha dan ikhlasnya efa mendaftar di UTeM..
and after a few months
 efa dah xrasa menyesal lagi,
bila dah belajar kat UTeM efa rasa bertuah plak sebab diberi peluang untuk belajar disini...
friends..
Allah xberi apa yang kita mahu,tapi Dia beri apa yang kita perlu..
sesungguhnya Dia yang menciptakan kita,
so mestilah Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kannn....
tetiba jadi ustazah pilihan plak,,hehehe



kawan pertama,kedua dan ketiga di UteM
from left : ena,sarah,zizie




kawan ke empat,kelima ,keenam ketujuh kelapan kesembilan kesepuluh kesebelas duabelas tigabelas..hadoii semput nak habiskan semua...dan keseratus empat..hihi





       #berangan nak belajar kat jepun camnilah jadinya,,hihi


salam sayang dari effa madi ^__^
(xkenal maka xcinta,walau apa pun keputusan anda,syukur dan redha,mungkin itu yang terbaik untuk kita,kita xtahu kan?.. :))

Thursday, 12 July 2012

assalamualaikum
DAKU TIDAK SESEMPURNA ITU..~♥~

daku tidaklah sesempurna itu...

dan tidaklah aku utk mgharapkan kesempurnaan serupa..hanya manusia biasa. tidak berupa, tidak juga berharta..malah itu yg sangat aku takuti jika mndekatinya..

mengertikah dirimu.. seandainya hidup ini aku diberi pilihan.. antara yg sempurna dan yg seadanya.. akn aku pilih yg seadanya.. krn itu lebih menyenangkn hatiku berbanding kesempurnaan yg pada akhirnya mengharapkan kesempurnaan yg sama..yg mgkin aku tidak akn pernah mampu utk memenuhinya..

mengertikah dirimu..bahawa segala sesuatu itu bkn milik kita sepenuhnya?..sememangnya bkn milik kita..dan hati ini bukanlah milik ku..dan hati mu..juga bkn milik mu..

krn itulah.. hati sntiasa berubah2..memenuhi kehendak saat itu..apabila telah puas, ia akan memudar..perlahan-lahan melupakan..krn telah jemu..

dan..ketika itu, bnyk hati yg luka tertoreh.. aku, kamu..dan mereka..

~♥aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yg takkan pernah tertangkap oleh indera, aku tahu memiliki rasa ini adalah sebuah kesalahan, namun...aku dibuat tak berdaya oleh rasa ini, DIAM..menjdi caraku untuk mencintaimu...♥~

maafkan aku..♥~




sudah lama menyepi



Assalamualaikum.....


Masyaallah lama sungguh aku x update belog nie,,nak buat camana bizi memanjang mengalahkan isteri perdana menteri.Last aku update pada december 2011..bapak la lama...

sorry,sebelum nie memang xda masa nak update blog,sibuk tidur study untuk final exam.. FYI,Rsekarang efa dah habiskan tahun pertama di UTeM nie.hazabb gila nak lepas sem 2 nie,subjek semua killer-killer sebab tu lah xsempat nak update belog <==alasan ! hehehe
sekarang,aku sedang meraikan cuti semester selama 3 bulan,,,3 bulan tau...heaven kan,jangan jeles..hehe
tahun nie maknanya aku dapat berpuasa penuh dekat rumah la dengan family.. jeng jak gedeng,xsabar nak puasa,nak beli macam-macam kat bazar ramadhan..tengok! niat pun dah lari..hehehe sorry....


makanan apa yang anda suka beli kat pasar ramadhan? share la,,sy suka akok ^__^