Tuesday 16 October 2012

♥ You Are Always There ♥




















If I've ever felt apart from the world...

you brought me back

If I've ever cried my eyes out...
you've made them stop

If I've felt fear has kidnapped my heart...
you've rescued me

If I've ever felt deep misery or loneliness in my eyes...
you've filled them with hope and sincerity

If I've ever run away from all that I was afraid of...
you've showed that me I need to face them

If I've ever hidden from the crazy side of my mind...
you've showed me light

If I've ever been torn or bent...
you've straightened me out

If I've lost pieces to my heart...
afraid that they wouldn't be put back together...
you've been there to show me it's never lost...








Friday 12 October 2012

Erti Perjuangan Belum Selesai Dalam konteks Mahasiswa (Minggu Peperiksaan)



Ketika yg lain telah menutup buku & nota,kita masih lagi menyelak halaman buku tebal & membuat salinan nota ringkas..


Ketika yg lain telah beralih kpd FB dan YM,kita masih tekun mencari maklumat & mencari soalan peperiksaan lepas secara online..


Ketika yg lain tangan kanan dan kirinya telah beralih memegang mainan,kita masih lagi mengenggam pena di kanan dan kalkulator di kiri..


Ketika yg lain bangun berjalan menghantar kertas soalan ke hadapan,kita masih lagi fokus menulis baki jawapan..


ketika yg lain sedang berborak diluar dewan selepas peperiksaan,namun kita masih berdoa bertawakal agar dilembutkan hati pemeriksa dan penanda kertas jawapan..

Thursday 11 October 2012

Sahabat


 Saya dan awak adalah sahabat....
Sahabat yg sentiasa di sisi bila suka dan duka...
Sahabat yg selalu buat ketawa bila sepi...
Sahabat yg selalu memujuk bila sedih dan menangis...
Saya cintakan sahabat saya....
Sahabat dunia akhirat ~........ <3 <3 <3 



Saya sangat bertuah mempunyai sahabat yang baik
yang memahami erti persahabatan
Anda sudah tentu pernah bersahabat dan arif tentang memilih sahabat

Memilih itu bermaksud kita menilai siapakah yang benar-benar boleh menjadi teman sejati saat duka dan duka.
Teman memang ramai tetapi teman sejati tidaklah seramai teman biasa

Sebab tu lah orang dulu-dulu berkata
teman ketawa senang dicari,teman menangis sukar dicari.

Untuk mencari sahabat yang baik
Kita sendiri yang perlu jadi sahabat yang baik kepada sahabat lain
kita sendiri perlu perbaiki diri

Dalam persahabatan,sangat penting untuk menjaga bait-bait perkataan kita semasa bercakap
Kerana berbeza manusia berbeza pendapat
Namun,sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menerima pandangan sahabat lain.
Perkataan yang boleh melukakan orang lain perlu dibuang jika kita xmahu sahabat kita terluka sepertimana kita xmahu kite terluka
Kadang-kadang,kata-kata yang tajam sangat melukakan mengalahkan sembilu tajam
pernah dengar
''telajak perahu boleh di undur,telajak kata buruk padahnya''
Mungkin kita dapat sembuhkan luka tapi parutnya sentiasa kekal

Biarlah persahabatan yang kita jalinkan hari ini akan terus kekal ke syurga
Insyaallah !!
SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar...
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan...
SAHABAT sejati mnjd pendorong impian...
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN..

# Saya sayang sahabat saya sangat-sangat
# Jadilah sahabat saya yea
#saya akan sayang anda..hewhew

Wednesday 10 October 2012

#Tutorial 1 (Cara buat profile Badge)



Hari ni dapat belajar sesuatu yang baru.
For your all information,
efa ni masih baru lagi dalam dunia blogging
start ber blogging pun sebab pengaruh roomate
Dia memang kaki blogging dan professional habis la
jadi bila selalu tgk dia dgn dunia belog dia
rasa menarik plak..
rasa ingin cuba
Biasalah kan kita nie penuh dgn perasaan ingin tahu,ingin cuba sesuatu yang baru.
jadi efa trylah buat blog sendiri
tu pun zizie yang banyak ajar
mula-mula tu excited gak lah sebab dah ada blog sendiri
tapi lama-lama rasa bosan plak
sebab kita xda idea nak update apa
pastu rasa rendah diri,tgk orang lain ada ramai pollower
pastu diorang punya blog bukan main cantik
nak dibandingkan dengan blog efa nie,macam langit dan bumi jauhnya...
Bila update blog pun xpernah publish kat mana-mana
xpernah promote kat mana3 blog lain
rasa malu sangat.hehe
Tapi lama-lama rasa minat datang balik
try la perbaiki blog ni biar tambah ceria sikit
walaupun xsetanding dengan blog3 lain yg sgt gojess tu tapi okeylaaaa,xdalah buruk sgt kan blog efa nie...kan ? kan? hehe




Hari nie efa belajar cara nak buat profile badge kat blog
so apakata kalau kongsi ilmu nie dgn org lain yg sama nasib dgn efa nie
xreti nak buat profile badge
ingat kan susah,rupanya senang la sgt..haha

1 : Klik Link ni 
http://www.facebook.com/badges/

Biar keluar macam ni



2 : Klik profile badge


3 : Klik Edit This Badge



4 : Pilihla benda-benda yang kita nak kat profile kita

5 : Klik save 

6 : Bawah choose where to add the badge => klik blogger

7 : Klik edit content

8 : Copy semua code dalam tue

9 : Pergi kat layout blog,klik add a gadget

10 : Pilih HTML/Javascript

11 : Paste semua coding

12 : SAVE !!

Mudah dan cepat...selamat mencuba
Lepas ni harap-harap dpt banish perasaan rendah diri xbertempat tue
kalau xusaha mana nak berjaya kan
Doakan efa semoga efa sentiasa ingin belajar
salam syg dari effa Madi
ceriakan hidupmu selalu dgn senyuman
bagi senyuman yang paling manis tauuu:)

Friday 5 October 2012

Bertunang Bukan ”Tiket” Untuk Berdua-Duaan

Assalamualaikum ..
                               


Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. 


Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen
 yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.




Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti.
Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan.
Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.




Bertunang tiada bezanya dengan bercinta.
Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan,
maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan,
berpegang-pegangan
dan
 melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan
dan
 pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat,
 jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.




Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat




Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya.
Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang.
 Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah.
 Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.




Oleh itu, walaupun sudah bertunang,
jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri.
 Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas,
 tidak berdua-duaan,
tidak mendedahkan aurat,
 tidak meninggalkan solat dan sebagainya.
Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan.
Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya.
 Jagalah maruah agama,
diri dan keluarga.
 Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.




Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya
dan
 kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
 Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.





- Artikel iluvislam.com