Saturday 29 December 2012

Food Lover.




                 
                                                             
        Assalamualaikum =) awak dah makan?



Kalau bab-bab makan xda siapa boleh tandingi tahap kuat makan budak nama effa nie..bahaha..memang semua orang kenal yang aku ni suka makan,suka makanan dan suka explore makanan-makanan baru.Entah kenapa la aku mudah jatuh cinta pada makanan,tapi lagi okey la kan dari dop jatuh cinta xtentu pasal kat mamat-mamat cipoyo kat luar sana..padahal xkenal pun.salah orang tu senyum sikit dah jatuh cinta.kononnya inilah cinta pandang pertama.bahaya!! bahaya!!

Kalau mengikut sejarah dulu kala,masa aku kecik-kecik dulu aku xda la suka makan..susah nak makan adala sampai nak suruh makan tu pun kena paksa dengan mak aku.lepas tu memilih plak makanan..nak makan lauk yang sedap-sedap je.yang penting jangan ada sayur dalam pinggan aku.MUSUH KETAT  masa kecik dulu adalah sayur la..xsuka giler sayur,benci sampai tujuh keturunan.bahaha amik kau! benci sampai tujuh keturunan tu padahal sayur xda buat salah apa pun pada aku mahupun family.beliau cuma sejenis tumbuhan yang lemah yang memberi seribu kebaikan kepada orang-orang yang memakannya. =P

Dulu masa kecik-kecik dulu aku ni kurus keding je,tahap kurus aku tu sampaikan kalau angin tiup kat aku boleh tumbang tau.hehe serius ! tapi bila aku dah akil baligh nafsu makan aku menjadi-jadi..apa yang nampak depan mata semua sedap walaupun depan mata tu meggi yang rendam dgn air panas je..tu pun sedap kemain bagi aku.Lepas tu selera makan totally changed.Dulu aku xsuka sayur tapi sekarang aku suka giler sayur,lagi-lagi sayur yang rangup-rangup macam kubis dan so on.Oleh yang demikian.berat badan aku pun makin bertambah...dan sekarang pada umur 20 tahun berat badan aku bertambah dengan drastiknya sampaikan aku rasa nak telan je semua pil kurus yang ada kat pasaran.Huwaaaaaa !! nak kuruss balik....
 

          


Ni masa zaman kegemilangan dulu..muka pun ala-ala baby face lagi ..ehh! haha okey dah start perasan..hehe sorry la...Ni picture dua tahun lepas masa kat matrikulasi Pahang.. Suka weyh dop matrik,xpayah nak exercise atau makan pil kurus ke hape,automatik je boleh kurus sebab kepenatan tahap melampau - lampau..Jadual kat matrik sangat pack sampai nak makan pun xsempat.kalau ada masa free je xda benda lain nak buat melainkan tidur.hehe nak pergi makan pun malas,rela hari-hari makan meggi sebab tahap kemalasan melampau.hahaha..

Tinggal beberapa hari je lagi kita nak masuk tahun baru kan.nampak gayanya bila tahun semakin bertambah umur pun bertambah sekali..mintak-mintak la berat badan jangan bertambah sekali. :P

saya nak tunjukkan dekat sini koleksi makanan yang baru sy cuba sepanjang tahun nie.Sepanjang saya hidup 20 tahun ni,inilah first time saya makan makanan-makanan ni semua..selamat memandang :) ecececece! kalau terliur tutup  mata.. hehe.

Pertama






waffle with ice-cream and fresh salad from cameron highland:)

hot stawberry chocolate tu nampak menggiurkan tapi i dont like it.rasa nye xmenepati tekak ku..tapi waffle tu memang sedap..tebal dan lembut.. nyum nyum..bagi lima bintang. >.<





yang ni la dop femes-femes sangat sekarang. Durian Crepe ..first time makan rasa nak makan lagi.. sedap..x tipu.dahla aku ni hantu durian kan.memang durian crepe ni cari nahas laa..hahaa :0 tapi Durian crepe ni mahal sangat la..selalu beli 4 ketul 10 ringgit.rasanya kalau buat sendiri lagi jimat.jom kita buat durian crepe lepas nie.. 




Pattaya claypot . nasi pattaya tu dah common sangat kan tapi yang ni lain..nasi pattaya ni dimakan dalam hot claypot bersama blackpaper sos..lepas tu ada ayam blackpaper plak diletak sekali.. menambahkan lagi berat badan ke tahaplebih tinggi.







kenapa gambar kali ni terbalik? saje jeww =p nak tunjuk krativiti hehe
terima kasih kat my housemate Hani dan Aadila sebab bawak pergi
makan restoren Pa'Putra.kalau nak try makanan ala-ala pakistan
bolehla datang kat sini.roti nan kat sini terbaiklah!!! lembut mcm bantal sy..hehe dahla sedap murah plak tuu .that's why i love it :)
kedekut katakan.ehhe





Yang ni mesti korang xboleh nak agak kan apedia.Haaa kalau korang ada lalu Eon Jusco mesti korang perasan kat foodcourt tu ada abang mata sepet jual makanan nie,.. nama makanan ni adalah Takoyaki.. yg specialnya kali ni,takoyaki ni homemade tau..kakak angkat yg buat.dulu dia study kat Jepun jadi dia sempat belajar la buat takoyaki nie.I dah terer dah buat benda ni you alls..haha you alls nak belajar ke buat benda nie? boleh-boleh,nanti kita tunjuk resepi dia dalam entry lain ..okeh..

Takoyaki = sotong tepungmade in Japan


Yang ni mostly kalau tanya budak UTeM pasal kedai yang jual mee racun diorang mesti tahu,sebab kedai ni dah femes di kalangan pelajar-pelajar UTeM.Restoren Qasreena ni terkenal sebab menu dia pelik-pelik.korang tengokla sendirila list menu dia.yang paling femes adalah mee racun dengan bandung soda..me racun?? what is that? kalau makan nanti mati kottt..gila apa kau makan racun? dah sah-sah racun kan. BAHAHAHAHA jangan terpedaya dengan nama makanan diorang..mereka saja je letak nama pelik-pelik macam tu.tu namanya bisness strategy untuk tarik pelanggan.FYI kalau korang xtahan pedas jangan nak memandai-mandai pergi restoren Qasreena ni sebabnya kebanyakan masakan diorang pedas-pedas.Ada kawan tu sampai menangis air mata makan mee racun..haha kesian kot lelaki menangis,hilang ke-macho-an ..

Nampaknya setakat tu sajalah sy mendera awop-awop semua dengan makanan-makanan ni semua..tengok tu,air liur dah meleleh-leleh dah.terliur letteww..hehee...
Akhir kata dari saya..jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru .mungkin apa yang kita lihat zahirnya xmenarik sebenarnya menyimpan satu rasa yang xboleh diungkap di dalamnya..Kita patut bersyukur hidup kat Malaysia ni yang ada pelbagai kaum,budaya dan agama..variaty makanan pun banyak,,cakap je nak maka apa semua ada.Nak makanan cina,india,timur,barat..semua adaa..yang penting ada duit.. kehkehekeh



'' Do not judge a book by it's cover ''.  jumpa je makanan baru jangan takut untuk cuba okey.tapi sebelum tu pastikan ia halal dulu..tu penting okey. =P

Kita hidup bukan untuk makan,tapi kita makan untuk hidup



onom nom nom comelnye strawberri nie.. =P


Thank you because reading this entry

bye !




Thursday 27 December 2012

Beriadah


Assalamualaikum

:(




Awal-awal entry dah tunjuk muka sedih
sedih bukan apa,sedih sebab sangat penat
penat sebab minggu ni minggu study week
bukan penat fizikal tapi penat mental
sebab banyak guna akal untuk berfikir
berfikir bagaimana nak cari solution
solution untuk soalan-soalan final nanti
nanti kalau xdapat buat pasti merana
merana sebab sah-sah xlulus nanti
nanti xlulus ofkos menangis xsudah
sudah-sudah la tuu berpuisi
berpuisi la sangat .
ha ha ha

so nak hilangkan penat maka perlulah beriadah

'' badan sihat otak cergas ''


kali ni beriadah di Tasik REDMA Ayer Keroh,Melaka .



kayaking
RM 3 / UNLIMITED TIME






Matahari yang cute dah terbenam






Ni nama dia paddle boat
ada paddle boat untuk family dan ada untuk couple
hanya perlu gunakan kaki je untuk gerakkan dia
makin laju kayuh makin lajulah paddle boat jalan
RM 5 / PERSON






#sweet couple
pokdin & pokmie .. haha


::: My stress and tension dah buang jauh-jauh dalam tasik ayer keroh nie.


sambung study balik =P




Sunday 23 December 2012

Erti Musim Tengkujuh Padaku.


Assalamualaikum w.b.t =)

I am still in sad mood setelah apa yang berlaku sebelum ni

kalau nak tahu kisahnya bolehla baca entry sebelum ni | kehilangan .


Jadi nak lari daripada kesedihan,entry kali nie i will share my experience while in musim tengkujuh.sekarang kan bulan doblas maknanya kat pantai timur sedang mengalami musim banjir sekarang.For your information,i am from kelantan.Kalu efa type entri kali ni dalam dialect kelantan agak-agak korang yang sedang baca ni faham x? hahaha kalau orang pantai timur seperti terengganu,pahang mungkin la boleh faham lagi tapi kalau orang johor rasanya x kot.Pernah sekali aku test diorang faham ke x apa aku cuba nak cakap.So sekarang aku nak test korang plak,sape boleh jawab kita boleh jadi kawan baek..hehehe ok cuba fahamkan dan bagi maksud ayat nie okey.

''Ikan makan kucing''

So,How?? boleh faham x maksud sebenar ayat tu? hehe test ni hanya untuk org yang tinggal selain negeri pantai timur je ok.yang lain-lain disqualified.haa
Okey berbalik semula pada tujuan asal entry ni ditulis sebab nampaknya saya dah lari jauh dah ni.haha nak cakap lain tapi tulis lain.



Pertama || aku nak cerita bagaimana keadaan musim tengkujuh di negeri kelantan ||

Kalau korang semua nak tahu,tiap-tiap tahun akan berlaku musim tengkujuh.Bulan sebelas dah start hujan tapi xdalah teruk mana..pagi hujan petang dah cerah balik.Dan xdalah tiap-tiap hari hujan.Tapi bila je masuk bulan dua belas,keadaan jadi makin teruk.setiap hari hujan lebat dan xberhenti-henti pulak tu.dari pagi sampaila malam dan sampaila pagi balik.kalau berhenti pun sekejap-sekejap je.Kalau kat bandar tu boleh tenggelam dah satu bandar tu dek penangan hujan lebat tu,apa orang kata?banjir kilat kan?.tapi nasiblah aku tinggal dekat kampung so xdalah alami banjir kilat ni.Best tau tinggal kat kampung.macam-macam ada! hehehe nak tahu apa yang ada?yang tu nanti aku cerita dalam entry yang lain okeh :)

Kedua || apa aku suka buat bila musim tengkujuh ||

Haa bab yang ni la aku paling suka.korang rasa kan apala yang aku suka sangat buat bila musim banjir nie.Kalau musim tengkujuh ni comfirm2 la hujan kan,iyea iyelah,xkanlah tetiba nak turun salji plak kan,kalau ghupe itu orang panggil musim salji plak..bahahaha...ok! xlawak =__=''

Kalau musim hujan nie aku paling suka peluk bantal dan selimut sebab masa tu bantal dan selimut mak aihhh sangatlaa sejuk.keadaan sekeliling pun sejuk xpayah nak susah-susah pasang kipas atau aircond.memang dah sejuk.Jangan berani-berani nak buka kipas pastu pusing sampai volume paling tinggi,memang korang adalah tergolong dalam golongan singa laut okey =) singa laut kan tahan sejuk,dalam musim salji pun dia masih boleh bergolek-golek atas salji tu.Hehe bila dah lama xbuka kipas atau air-cond jadi nampak x kat sini,kita boleh jimat bil elektrik.jimat...jimat....so bila dah sejuk-sejuk gitu best woo golek-golek atas katil sambil berangan.aku selalu berangan bilala dapat jumpa Fahrin Ahmad lagi..hehehe (^____^)V  then lepas tu tertidur ..ZZzZZZZzzz !! nikmat kuasa dua okeh..

Bila bangun tidur sah-sahla lapar lagi-lagi musim hujan,perut rasa cepat lapar je,asyik mintak makanan je.Bila musim hujan ni ada satu makanan yang aku suka sangat makan.makanan ni senang je nak dapat.tanam depan rumah je.dan nak tanam dia senang je,pacak je batang kayu dia.pastu tinggal.bila dah agak besar boleh gali..korang rasa agaknya apa lah?




jeng! jeng! jeng! inilah dia.. ubi kayu .

hujan-hujan kalau buat ubi rebus dan makan dengan kelapa bersama air kopi,perghhhhhh!!!! terbaekk punya.Ubi rebus ni makanan nenek moyang kami dulu.Dulu kan mana ada KFC,MacD pizza dan mcm-mcm lagi.jadi diorang sambil berborak-borak cerita pasal masa depan hidup mereka,mereka sambil tu makanla ubi rebus ni.Dahla ubi tu tanam sendiri,jimat plak.sebab tu la dulu-dulu jarang-jarang kita dengar orang miskin mati kebuluran.mereka pandai cari makanan sendiri.Nak banding dengan kita sekarang,jauh bezanya.




Ni lagi satu,sedap dimakan bila hujan,nama dia jering rebus.


Jering ni kalau yang mentah tu orang buat ulam,tapi aku xmakan jering yang mentah tu.tapi jering rebus aku makan.pelik kan.satu lagi air soya aku xberapa suka dan susahla nak minum tapi pati soya atau taufu fa tu aku suka giler.kalau bulan puasa,tu juadah wajib dibeli..haha lagi-lagi mak aku.dia suka sangat.beli banyak-banyak letak dalam peti bagi sejuk.Yang jering rebus ni susah nak dapat kat negeri lain atau memang xda langsung.nanti korang datang kelantan trylah rasa okey.nampak rupa macam xmenarik tapi jangan risau,rasa dia ada urmmm'' haha.. don't judge book by its cover ..
Ketiga,bila paras air dah naik dah ada certain kawasan yang rendah dah naik air apa lagi......main air la..........wahhhhh best okey,teringat plak zaman kecik-kecik dulu.Mak dah pesan banyak kali,jangan main air! tapi almaklumla aku ni jenis x makan saman kan tetap pergi main air banjir juga.tapi aku main ramai-ramaila,main sorang-sorang mana syok kan.



macam inilah rupanya bila main air banjir.seronok xterkata ! =)"
Ketiga || apa korang xpatut buat bila musim tengkujuh ||

Jangan main air 

Eelehh cakap jangan main air,aku pun main air juga.haha sebenarnya aku xhabis taip lagi.nak cakap jangan main air tanpa kebenaran mak ayah.Kalau mak ayah kata jangan so kita janganla degil.kena dengar cakap mereka sebab mereka lebih tahu dari kita.jangan melawan.derhaka nanti.
Bila mak ayah kasi plak janganla pergi main sorang-sorang.ajakla kawan ramai-ramai,kalau boleh dalam group kita tu mesti ada orang dewasa dan pandai berenang,jadi dia boehla jadi safety guard yang xbertauliah kejap.bukan apa demi keselamatan korang jugak.kalau jadi pape senang,ada orang boleh tolong.

Jangan memandu dalam keadaan laju

Ni haa yang aku xberkenan,taulah hujan kan,mesti nak cepat-cepat sampai rumah.pastu bawak kenderaan laju-laju xkiralah motosikal ke,kereta ke yang salah tetap salah.FYI bila hujan sudah tentulah jalan licin kan,bila bawa laju sangat risiko nak accident tu besar.lebih-lebih yang tayar kereta dah botak.Senang nak accident.so berhati-hatilah di jalan raya.biar lambat asal selamat.
Lagi satu kesianla kat pejalan kaki nie..aku pernah kot kena.masa tu baru balik sekolah,jalan kaki sambil pegang payung la sebab hujan.Bukan main aku tengok jalan bebaik,kalau ada lopak air aku elak xnak bagi kotor baju sekolah.yelah kalau kotor nak kena basuh.mau dua tiga hari baru kering kalau jemur.Tapi yang geramnya datang satu kereta ni dari belakang,bukan main laju lagi datang arah aku.aku xsedar masa tu ada kereta kat belakang..Pakkk!!! sekali tayar kereta tu pijak lopak air.apa lagi mandi lumpur la aku hari tu.kereta tu slumberr je pergi..geramnya aku masa tu hanya Tuhan je tahu.so nak xnak aku balik la dengan baju basah. wuwu T__T dahla baju putih,air plak macam air tea susu warnanya.

simpan barang-barang berharga bersama anda

Yang ini sangat penting,lebih-lebih lagi masa dalam keadaan xterkawal.mungkin masa tu sukarelawan dah umumkan yang anda sekeluarga kena berpindah ke tempat penempatan sementara sebab paras air yang dah xterkawal.Jadi xadalah anda kelam-kabut sangat nak mengemas barang.Barang-barang yang berharga tu termasukla duit,dokumen2 penting,barang kemas dan lain3 lagi.Jadi kalau boleh barang2 tu semua letak tempat yang mudah dicapai. ''Sediakan Payung Sebelum Hujan''


::::
okeyla,sampai sini sajalah coretan pada kali ni =__=' penat + sedih

::: picture from pakcik google


Kehilangan



Hari ni aku rasa teramat sedih sedih sedih sangat
kehilangan sesuatu,sesuatu yang aku sayang
paling sedih lagi benda yang kita hilang tu bukan kita punya
tapi orang lain punya dan kita sebenarnya diberi amanah untuk menjaganya
korang pun pernah alami kan?x?okey.fine


Bab 1 : Pengenalan
sebelum tu i will introduce you to the little baby tortoise yang comel nie
kura-kura nie milik housemate aku,namanya Aadila
dia bela kura-kura nie dah lama dah,dari kecik lagi

Korang tahu la kan,kura-kura ni lambat membesar
Aadila sayang sangat kat kura-kura nie
sampaikan kemana dia pergi dia bawak kura-kura nie

sekarang je bila dia balik rumah atau balik kampung dia akan
tinggalkan kura-kura ni kat hostel kami dan suruh aku jagakan.
bukan susah pun nak jaga,cuma bagi makan jee
lagipun kura-kura ni xda banyak kerenah pun,tidur je kerja dia

Nak dijadikan cerita
hari ni kira 1st day aku take over jaga kura-kura
nie sebab Aadila balik rumah kejap.*sekarang tgh cuti studyweek*
pagi tuu aku bangun dan buka akuarium dia pastu bagi makan
aku sangatla suka tgk dia makan hari ni,sebab hari ni dia makan banyak.
And then aku tryla main-main dengan dia,gosok-gosok badan dia then cuba letak atas lantai motifnya nak tgk dia jalan..kura-kura kalau jalan kan comel jeee... tapi sangatla kecwa.nampaknya dia xnak bergerak langsung.keras jee.
ok mungkin dia tengah kenyang kot pastu malas nak bergerak
so aku letakla balik kura-kura tu dalam akuarium.dia masih diam je.mungkiin masa tu dia tengah rancang strategi nak larikan diri.pandai ea kau sikura-kura 
silapnya aku disini sebab xtutup rapat dia punya penutup akuarium tu
lepas tu aku pergi la buat kerja sendiri,pergi basuh baju,kemas rumah,online
lepas dua jam tu aku bangun la,ingatkan nak bagi kura-kura tu makan balik

Bab 2 : Klimaks

Bila jee aku pergi kat akuarium tu aku tgk kura-kura dah xda dalam
akuarium tu.apa lagi menjerit la aku.masa tu sangatla panik mak aihh
cari kura-kura tu merata tempat.satu rumah cari.cari dalam bilik air xda.belakang almari xda.bawah meja xda sampaikan bawah katil tau cari tapi still xjumpa.Korang tahu x masa tu aku rasa nak menangis dah,air mata ni dah keluar dah tapi bertakung je.tahan! tahan! buat kerja xboleh emo.so aku cepat-cepat panggil farhani (farhani tu jiran kami) datang rumah suruh tolong carikan sekali.Kami geledah satu rumah tapi still xjumpa kura-kura tu.Lepas tu aku rasa menggigil dah.terfikir kat Aadila,apalah reaksi dia nanti bila tahu kura-kura kesayangan dia hilang.Aku takut sangat kalau Aadila marah dan memang patut pun kalau dia marah sebab aku yang cuai kan.huhuhu :'(

aku cepat-cepat ambil handphone dan sms aadila,nak call xberani ..huhu

me : Dila..kura2 kau hilang la...puas satu rumah aku cari xda...huhuhu
Aadila : La..cm ne ley ilang lak?lupe nk tutup ats dte ea..dye da pandai pnjat da skang.
me : a'a xttp rapat..Hairannya satu rumah aku cari xda..
Aadila : xpe efa..da ilang nak wt cm ne kn..its so k..



Aku xtahula dia kata macam tu sebab nak sedapkan hati aku je tapi atleast aku rasa lega sikt bila dia kata dia ok dan dia xmarah bila tahu kura-kura dia hilang.TERIMA KASIH aadila!! TAPI lepas tu aku try cari balik kura-kura tu
belek semua barang sana sini tapi still xjumpa juga
i wonder where it going,xkanla dia yang kecik kenot tu boleh jalan jauh-jauh dan yang musykilya akuarium tu atas meja.macamana dia boleh turun meja tu.jatuh? xkan xbunyi dia jatuh sebab cengkeram dia kan keras.entahlah!
nak kata orang curi,impossible,siapala nak curi kura-kura tu kan bukan laku pun kalau jual,dan nak kata cat makan pun xmungkin.xda kucing pun yang masuk dan lagi-lagi pintu rumah sentiasa tertutup rapat.

Apepun aku still berharap yang aku akan dapat jumpa balik kura-kura tu.kesian nya kalau dia tersekat kat mana-mana.semua orang xtahu dia kat mana and camana dia nak makan ..risau nyer fikirkan kura-kura nie.



P/s : Kita yang kehilangan haiwan peliharaan dah separuh sawan dah sedihnya,bagaimanalah agaknya orang yang kehilangan ahli keluarga tu,bagaimanalah perasaan diorang kan? hurmm

Mungkin ada hikhmahnya yang kita xtahu.Allah kan selalu menduga kita
Ok! Think Positive and teruskan usaha mencari kura-kura
::Korang doa-doa lah efa dapat jumpa kura-kura tu yea .huhu :(


Saturday 22 December 2012

Final Exam Around The Corner





Pejam celik pejam celik


tinggal dua minggu lagi nak final exam

maknanya tiga minggu lagi nak habiskan semester tiga
cepat nye masa berlalu kan
baru rasa semalam masuk UTeM nie  (ayat cliche kan) hahaha

Sekarang dah masuk minggu study week
study week tu apa? study week tu maksudnya satu minggu tue kau kena study dopoloh patjam okeyy..
pastu xboleh makan xboleh mandi xboleh tidur laa???
bahaha kalau macam tue sewel namanya
Selalunya kalau efa awal-awal study week ni xdanya nak study
hanya budak rajin je yang study
Almaklumla efa ni pemalas tahap gaban tau tak
kalau kerja tu last last minute baru nak buat
kalau esok nak hantar malam tu baru nak buat
kalau cik lecterur kata hantar pukul 5.00ptg pukul 4.00 baru efa kalut nak buat
tengok! teruk kan tahap kemalasan efa nie..tapi bukan malas sebenarnya,memang hampir semua budak engineering student macam tue,suka buat kerja last minute,katanya baru mencabar..haha.uollss jangan tiru plak perangai xelok nie,nanti merana badan.
Tapi sejak berkawan dengan org2 yang rajin nie,tetiba diri nie
rasa macam bertambah tahap kerajinan tu walaupun naik 10% je..stil naik kan?soo itu adalah berita gembira ok..hee

"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

sebenarnya kan,masa nie la kita kena amalkan kaedah belajar yang betul
patutnya pada mula lagi ..hehehe
tapi tak apa,dalam belajar xda istilah terlambat okey,semuanya sempat je
nie efa nak kongsikan sikit tips-tips untuk study week nie.nak tahu kenapa?sebabnya
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. 

Pertama : mula belek-belek buku masa study week

Jujurnya efa nak bagitahu sebenarnya efa jarang nak mengulangkaji pelajaran melainkan ada test atau kuiz atau kena siapkan assigment.kalau xdisebabkan menda alah tu memang x ulangkaji pong.hehe.Namun apakan daya,semester tiga ni banyak plak assigment kena buat so nak xnak kena banyak belajar la.
Terima kasih assigment2 ku sayang yg telah memaksa diri ini yang pemalas ini buka buku yang tebal gila tu ..

Kebiasaanya orang bila hujung-hujung study week baru nak belek buku,katanya baru ingat,kalau awal-awal baca nanti lupa.sebenarnya cara tu salah.Bila kita ulangkaji awal,kita lebih bersedia kan.xdalah kelam kabut.
macam efa,efa kalau malas setara mana pun,at least satu hari tu belek-belek note.bukan belek saja,bacalah sekali..sikit pun jadi,at least baca kan.dari xbaca langsung ?? 

Kedua : Buat jadual study week

Maknanya korang list-kan apa yang korang patut buat dalam minggu study week ni.Dari hari ahad sampai hari sabtu then sampaila hari final exam tu.
kalau dah ada jadual xda la anda rasa lost sgt kan,nak study yang mana dulu.haa dinasihatkan study subjek yang hampir dulu.tapi bila dah ada jadual ulangkaji jangan pula ponteng,buat-buat lupa..disiplin tu penting! heee~ 

Ketiga : Formula dihafal siap-siap

Subjek engineering ni banyak calculation,bila banyak calculation maknanya formula pun banyak la kan.Jadi sangatla penting untuk hafal formula siap-siap.Macamana nak hafal? Kalau stail efa la kan,efa salin formula-formula tu atas sticky note pastu tampal je kat mana-mana sesedap rasa.tempat yang kita tampal tu mestilah tempat yang selalu kita lalu,so setiap kali kita lalu kita akan nampak sticky note tu dan automatiknya kita akan baca .
Tapi apa pun,idea tu lebih mujarab kalau kita selalu buat latihan soalan.Of course la kita akan jumpa dgn formula2 yang panjang macam hape kan.bila kita dah selalu guna kita akan mudah ingat.kan?
Yang penting kena ingat formula2 ni awal-awal sebab dalam exam selalunya dia bagi basic formula je pastu kita kena derive sendiri.So.sediakan payung sebelum hujan ok.

Keempat : Elakkan gangguan emosi

Maksudnya semua perkara yang merungsingkan dan boleh mengganggu konsentrasi belajar perlu diketepikan.Selalunya kan,masa ni lah kita fikir nak pergi shopping,pastu alamak terfikir duit plak xda macamana nak pergi shopping,xkan nak hutang kawan,alamak!hutang sebulan lepas xbayar lagi...alamak! alamak! alamak! ...Haaaa tudiaaaa~~masa tu jugalah semua benda nak mai kan.boleh serabut akal fikiran kan.
  Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Kelima : Tidur Awal
Haa yang ni tersangat-sangatla penting lebih-lebih buat i...lalallala~
Nak kata awal sangat tu xlah dalam pukul 11 atau 12 malam.Tujuannya untuk bangun awal la sikit esok.Kalau pukul 4.00pagi baru nak tidur maknanya ting tong la esok.Entah-entah lepas zohor baru nak bangun kan.Anda dah rugi kat situ sebabnya belajar di awal pagi lebih mudah masuk dari belajar di petang hari.betul x? Efa xsuka tahan-tahan mata nie supaya xtidur semata-mata nak stay up..kalau mulut dah menguap selang satu minit maknanya memang badan anda nak rehat dan kalau anda paksa juga belajar xkemana pun,xkan masuk,percayalah.
Bagi siapa yang xdapat tidur awal dan paksa tidur juga,bacalah note anda,comfirm tidur punya..haha betul...
Rasanya hanya tulah yang mampu efa bagi.kalau rasa nak banyak lagi tips-tips nya boleh tanya pakcik Google ok.Sebenarnya masing-masing ada cara sendiri untuk mempersiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan.Jadi atas diri anda sendiri bagaimana untuk laksanakannya.Semua ada style sendiri kan,nak ikut Alhamdulillah xnak ikut pun xapa.
Moga apa yang efa beri tu bermanfaat untuk kalian semua.

Akhir sekali,selamat menenpuhi peperiksaan bagi semua warga pelajar di seluruh malaysia.
kepada pensyarah-pensyarah saya ucapkan jutaan terima kasih sebab banyak memberi tunjuk ajar.terima kasih bagi hint...hehehe moga-moga dgn hint tu memudahkan kami untuk belajar

kepada kawan-kawan yang banyak tolong beri semangat dan bagi meniru tunjuk ajar assigment,kuiz,test,banyak-banyak terima kasih untuk anda semua,semoga Allah memberkati setiap ilmu yang kalian curahkan kepada insan yang xberapa pandai nie.T__T
Dalam kesempatan ini ingin memohon maaf kalau ada salah dan silap pada kamu semua.
Doakan kami berjaya !










Maaf taufiq Wannajah (^__^)V

Wednesday 19 December 2012

13 Aurat Wanita



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari...
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

p/s: Take Not Muslimah!! Mari mengejar syurga Allah... #Allah... #InsyaAllah...

Tuesday 16 October 2012

♥ You Are Always There ♥




















If I've ever felt apart from the world...

you brought me back

If I've ever cried my eyes out...
you've made them stop

If I've felt fear has kidnapped my heart...
you've rescued me

If I've ever felt deep misery or loneliness in my eyes...
you've filled them with hope and sincerity

If I've ever run away from all that I was afraid of...
you've showed that me I need to face them

If I've ever hidden from the crazy side of my mind...
you've showed me light

If I've ever been torn or bent...
you've straightened me out

If I've lost pieces to my heart...
afraid that they wouldn't be put back together...
you've been there to show me it's never lost...








Friday 12 October 2012

Erti Perjuangan Belum Selesai Dalam konteks Mahasiswa (Minggu Peperiksaan)



Ketika yg lain telah menutup buku & nota,kita masih lagi menyelak halaman buku tebal & membuat salinan nota ringkas..


Ketika yg lain telah beralih kpd FB dan YM,kita masih tekun mencari maklumat & mencari soalan peperiksaan lepas secara online..


Ketika yg lain tangan kanan dan kirinya telah beralih memegang mainan,kita masih lagi mengenggam pena di kanan dan kalkulator di kiri..


Ketika yg lain bangun berjalan menghantar kertas soalan ke hadapan,kita masih lagi fokus menulis baki jawapan..


ketika yg lain sedang berborak diluar dewan selepas peperiksaan,namun kita masih berdoa bertawakal agar dilembutkan hati pemeriksa dan penanda kertas jawapan..

Thursday 11 October 2012

Sahabat


 Saya dan awak adalah sahabat....
Sahabat yg sentiasa di sisi bila suka dan duka...
Sahabat yg selalu buat ketawa bila sepi...
Sahabat yg selalu memujuk bila sedih dan menangis...
Saya cintakan sahabat saya....
Sahabat dunia akhirat ~........ <3 <3 <3 



Saya sangat bertuah mempunyai sahabat yang baik
yang memahami erti persahabatan
Anda sudah tentu pernah bersahabat dan arif tentang memilih sahabat

Memilih itu bermaksud kita menilai siapakah yang benar-benar boleh menjadi teman sejati saat duka dan duka.
Teman memang ramai tetapi teman sejati tidaklah seramai teman biasa

Sebab tu lah orang dulu-dulu berkata
teman ketawa senang dicari,teman menangis sukar dicari.

Untuk mencari sahabat yang baik
Kita sendiri yang perlu jadi sahabat yang baik kepada sahabat lain
kita sendiri perlu perbaiki diri

Dalam persahabatan,sangat penting untuk menjaga bait-bait perkataan kita semasa bercakap
Kerana berbeza manusia berbeza pendapat
Namun,sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menerima pandangan sahabat lain.
Perkataan yang boleh melukakan orang lain perlu dibuang jika kita xmahu sahabat kita terluka sepertimana kita xmahu kite terluka
Kadang-kadang,kata-kata yang tajam sangat melukakan mengalahkan sembilu tajam
pernah dengar
''telajak perahu boleh di undur,telajak kata buruk padahnya''
Mungkin kita dapat sembuhkan luka tapi parutnya sentiasa kekal

Biarlah persahabatan yang kita jalinkan hari ini akan terus kekal ke syurga
Insyaallah !!
SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar...
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan...
SAHABAT sejati mnjd pendorong impian...
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN..

# Saya sayang sahabat saya sangat-sangat
# Jadilah sahabat saya yea
#saya akan sayang anda..hewhew

Wednesday 10 October 2012

#Tutorial 1 (Cara buat profile Badge)



Hari ni dapat belajar sesuatu yang baru.
For your all information,
efa ni masih baru lagi dalam dunia blogging
start ber blogging pun sebab pengaruh roomate
Dia memang kaki blogging dan professional habis la
jadi bila selalu tgk dia dgn dunia belog dia
rasa menarik plak..
rasa ingin cuba
Biasalah kan kita nie penuh dgn perasaan ingin tahu,ingin cuba sesuatu yang baru.
jadi efa trylah buat blog sendiri
tu pun zizie yang banyak ajar
mula-mula tu excited gak lah sebab dah ada blog sendiri
tapi lama-lama rasa bosan plak
sebab kita xda idea nak update apa
pastu rasa rendah diri,tgk orang lain ada ramai pollower
pastu diorang punya blog bukan main cantik
nak dibandingkan dengan blog efa nie,macam langit dan bumi jauhnya...
Bila update blog pun xpernah publish kat mana-mana
xpernah promote kat mana3 blog lain
rasa malu sangat.hehe
Tapi lama-lama rasa minat datang balik
try la perbaiki blog ni biar tambah ceria sikit
walaupun xsetanding dengan blog3 lain yg sgt gojess tu tapi okeylaaaa,xdalah buruk sgt kan blog efa nie...kan ? kan? hehe




Hari nie efa belajar cara nak buat profile badge kat blog
so apakata kalau kongsi ilmu nie dgn org lain yg sama nasib dgn efa nie
xreti nak buat profile badge
ingat kan susah,rupanya senang la sgt..haha

1 : Klik Link ni 
http://www.facebook.com/badges/

Biar keluar macam ni



2 : Klik profile badge


3 : Klik Edit This Badge



4 : Pilihla benda-benda yang kita nak kat profile kita

5 : Klik save 

6 : Bawah choose where to add the badge => klik blogger

7 : Klik edit content

8 : Copy semua code dalam tue

9 : Pergi kat layout blog,klik add a gadget

10 : Pilih HTML/Javascript

11 : Paste semua coding

12 : SAVE !!

Mudah dan cepat...selamat mencuba
Lepas ni harap-harap dpt banish perasaan rendah diri xbertempat tue
kalau xusaha mana nak berjaya kan
Doakan efa semoga efa sentiasa ingin belajar
salam syg dari effa Madi
ceriakan hidupmu selalu dgn senyuman
bagi senyuman yang paling manis tauuu:)

Friday 5 October 2012

Bertunang Bukan ”Tiket” Untuk Berdua-Duaan

Assalamualaikum ..
                               


Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. 


Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen
 yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.




Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti.
Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan.
Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.




Bertunang tiada bezanya dengan bercinta.
Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan,
maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan,
berpegang-pegangan
dan
 melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan
dan
 pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat,
 jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.




Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat




Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya.
Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang.
 Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah.
 Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.




Oleh itu, walaupun sudah bertunang,
jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri.
 Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas,
 tidak berdua-duaan,
tidak mendedahkan aurat,
 tidak meninggalkan solat dan sebagainya.
Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan.
Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya.
 Jagalah maruah agama,
diri dan keluarga.
 Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.




Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya
dan
 kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
 Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.





- Artikel iluvislam.com

Friday 28 September 2012

Hakikat Sebuah Perkahwinan


                                      Assalamualaikum....



Sekarang ramai orang yang sedar kelebihan kahwin muda.Ramai kawan-kawan efa yang sudah berkahwin walaupun masih belajar.Kahwin muda tidak salah dan sangat dituntut supaya tidak berlaku zina di hari kelak.Dekat facebook sekarang ramai pengantin-pengantin baru di luar sana upload gambar kahwin mereka,efa ni memang suka tgk gambar orang kahwin.efa akan senyum dan mulala terbayang efa yang duduk atas pelamin tue..wahh bahagianya,pastu mulala berangan nak kahwin juga..hehehe~

Lagi satu,orang yang sedang hangat bercinta selepas kahwin mesti masih dalam mood honeymoon,maknanya apa yang dilakukan pada pasangan mesti nak sweet sweet gitu..hehe contohnya hantar post-post romantik kat wall pasangan..ayat-ayat romantik diorang menggambarkan betapa bahagianya mereka di saat itu..orang baru berkahwin kan,semuanya indah..
dan bila saya yang single dan masih xkahwin nie baca mulala timbul perasaan cemburu dan nak juga seperti mereka alami. hehehe~
WALHALNYA , ada sesuatu yang saya xnampak di sebaliknya,apa yang saya nampak hanya satu kisah yang bahagia,manis,sweet,seronok namun demikian di sebaliknya ada satu kisah lain tentang PERKAHWINAN ini.. kalau nak tahu,bacalah kata-kata dari  Madam. Fauziah Mohd Noor. nanti  =p






 Bila anda tengok gambar nie,apa yang terlintas di fikiran anda?
apa yang anda fikir sama dengan saya fikir

picture by : Dr.Attaful Arshad dan Tini Mohamad

sebuah luahan hati yang sangat menarik hati saya :) selamat membaca


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


p/s : Rasa ada benar juga apa yang dikatakan oleh puan ini.Efa tgk ramai orang yang baru kahwin@ kahwin muda beromantik di laman facebook...Bila efa baca status3 diorang yang sedang berbahagia,terlintas dalam hati efa.... wauuu romantiknya,bestnyaaa kahwin,,bahagianya sedangkan hakikatnya kita xtahu tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan sangat besar dan xsemuanya manis belaka..ada pahit juga,cuma yang pahit itu kita xnampak..

terima kasih membaca,salam syg dr effaMadi <3