Wednesday, 31 December 2014



Monday, 3 November 2014

SABAH PART 2 - PEKAN NABALU,KOTA BELUD.



Seawal empat pagi kitorang dah bangun, mandi, solat subuh sebab jadual kami penuh..seboleh-boleh nak penuhkan satu hari dengan aktiviti yang best-best,,rugilah kalau datang bercuti semata lepak dalam homestay dan scroll facebook lepas tu instagram lepas tu weechat dan balik semula kepada facobook...tak chill kan..



Destinasi pertama kami hari ini ialah ke gunung kinabalu..yahuuu...xzabar rasanya.. kalau ke gunung kinabalu seronok pergi waktu pagi sebab cuaca dia sejuk sangat. Dalam perjalan ke gunung kinabalu, kami singgah ke Pekan Nabalu untuk breakfast. Kalau dekat sabah ni kita kenalah pandai pilih gerai makan sebab tak semua kedai makan kat sini menyediakan makanan halal, almaklumlah sabah ramai penganut kristian.

Masa kat kedai makan ya ampun mengantuk sangat sebab dapat tidur sekejap je.huhu bila mengantuk tengok makanan pun xberselera. Tapi perut haruslah diisi sebab hari ni perlukan tenaga yang banyak..banyak misi dan visi yang perlu dilaksanakan..tehee..
Lepas je isi perut kitorang apa lagi selfie la tanda sudah jejakkan kaki di sini . dan ternampaklah pulak sebiji nenas gergasi depan kedai tuu...apa lagi aku suruh Haziq posing depan nenas .. haziq ngikut jelahh kata maksuu dia..hehe

                            



Dan selepas tu mestilah giliran maksu dia..hehe ...yang haziq punya sekeping dua je aku snap..sampai giliran aku haaa lagi-lagi..ehhh gambar ni xcantik la abg..sekali lagi..ni pun tak cantik..hahaha last last depan nenas ni saja pun dah belas-belas snap..




Lepas breakfast kami jalan-jalan sekeliling pekan nabalu.. dekat sini ada jual bermacam-macam jenis buah dan kraftangan. Patutlah ada buah nenas gergasi, memang tarikan utama dekat sini adalah buah nenas.


Buah yang dah siap potong pun ada dijual.. Buah-buah nie macam baru lepas keluar peti sejuk..sejuk sangat sebab cuaca kat sini sejuk.. Aku sempatlah beli beberapa jenis buah dan kerepek sebagai bekalan dalam kereta..kalau berjalan jauh stok makanan kereta haruslah banyak..haha dah jadi tabiat..kadang-kadang sampaikan dah xmuat nak duduk sebab seat penuh dengan makanan..




Cuaca baik sangat hari ni..Dari Pekan Nabalu ni dah nampak dah Gunung Kinabalu..tuuu kat belakang tu..




Kagum sangat dengan pemandangan depan mata.. Bersyukur sangat-sangat dapat melihat pemandangan secantik ni.. kalau bangun pagi bukak tingkap pastu dijamu dengan pemandangan macam ni mesti bersemangat nak pergi kelas....hahaa *verangan betul*
Dekat sini jadi spot terbaik kalau nak melihat sunburst.. serious cantik sangat sebab kita akan nampak matahari tu betul-betul atas gunung kinabalu tuuu... 



contoh sunbusrt (gambar dari google)

 Sorry for the bad skill of photography..nampak separuh je signage..haha.. sebenarnya Pekan Nabalu, Kota Belud.


Matahari dah mula naik.. 



Perjalanan diteruskan ke Gunung Kinabalu..Sepanjang perjalanan dijamu dengan pemandangan yang indah ni..memang memukau mata yang memndang..Segala puji-pujian pada Allah swt.



Mata asyik pandang ke luar tingkap je memasing sampai nak teleng dah kepala..haha xsabar nak sampai gunung kinabalu.. yang tu akan cerita next entry ok. ..


Thank you for reading this entry! 


Sunday, 2 November 2014

SABAH PART 1 - DESA DAIRY FARM



Hye...


Korang pernah pergi sabah? kalau belum pernah pergi nanti bolehla start simpan niat dan simpan duit sekali pergi vacation kat sabah.best tau..(ikut pengalaman sendiri)

Entry aku kali ni nak cerita pengalaman aku pergi sabah ritu hari..tapi sebabkan banyak sangat tempat aku pergi dan banyak sangat gambar yang aku nak share dengan korang semua so aku buatkan part la.senang sikit....aku akan tunjukkan satu-satu tempat pelancongan yang best kat sabah dengan korang.jadi xdalah pening kejap citer tempat tu.kejap citer tempat ni..aku tunjuk satu-satu eh..haaa so entry kali ni aku nak share antara salah satu tempat yang kita patut a.k.a wajib pergi kalau berkunjung ke sabah

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang,Sabah.


kalau nak tahu, Desa Cattle Dairy Farm kat kundasang ni digelarkan New Zealand Malaysia sebab tempat dia seakan-akan New Zealand. Kalau yang berangan nak pergi New Zealand tapi masih xmampu apa kata datang sini dulu amik feel. Tempat ni boleh tahan sejuk jugak sebab ia berada di kawasan kaki gunung kinabalu. Kalau dari Kota Kinabalu ambil masa 2 jam gakla untuk sampai kat sini. Sepanjang perjalanan kita akan dijamu dengan pemandangan bukit bukau ..kabus..gerai-gerai jual buah-buahan,sayur  .. alaaa macam kat Cameron Highland tuu.


Lagi satu..ladang lembu dekat sini jadi tempat pilihan untuk pengantin buat outdoor wedding photosoot..krew filem pun banyak yang buat penggambaran kat sini kalau diorang nak suasana ala-ala ladang eropah.gitteww!...



Pemandangan semasa perjalanan nak ke Desa Dairy Farm..Seriously cantik sangat-sangat. ...rumah-rumah kat atas bukit tu mesti xpayah pasang kipas kan sebab siang hari pun dah sejuk inikan plak malam..


Nak masuk sini kena bertiket.

Tiket Masuk

Dewasa - RM4.00
Kanak-Kanak - RM3.00

Waktu Operasi

8.00 pagi - 5.00 ptg

Waktu memerah/Memproses Susu

Memerah : 3.00 ptg - 5.00 ptg setiap hari
Memproses : Setiap selasa, khamis, ahad pada 10pg-2ptg



Kat sini kita boleh lihat sendiri proses memerah dan memproses susu segar. Sape yang jakun xpernah tengok lembu bolehla tengok lembu depan-depan kat sini.



okey dah sampai kat Desa Dairy Farm tapi tak masuk kat dalam lagi. ni baru kat luar pintu pagar...nampak tak makhluk berwarna hitam putih kat padang tu..nampak tak? tu lah lembu ..kekee
ishhhh tengoklah kabus kat atas gunung tu,so boleh bayangkan tak cuaca kat sini macam mana...nyamannnnn sangat.


                      
Alamak tak nampak la pulak lembu masa ni...diorang malu kot.haha sorry tak dapat nak tunjukkan muka lembu secara dekat kat korang. Kalau korang nak bagi makan kat lembu kat sini pun boleh tau. Sini bukan setakat lembu, kambing pun ada..tapi aktiviti tu kitorang berdua tak buat sebab ramai sangat orang masa tu..lagipun kitorang dah biasa dengan kambing lembu..jadi bagilah can orang lain yang tak pernah merasa pengalaman bagi makanan kat kambing lembu. :)



This is my travel partner..haziq..anak buah den..hehe ..Masa nie dia baru habis exam spm so bawak dia jalan-jalan lepas penat pulun study spm.
say hyee kat haziq..keke
                                          

mata mana mata? hishhhh menurun sape la ni mata sepet.. kekeke...menurun maksu dia lah ni..Almaklumlah maksu dia keturunan Korea..hehehe EHHH! Apasal korang gelak? hmm

                                      
Haa owner blog pun nak selfie gak..mohon laluan...kekeke


masa kitorang datang sini time raya cina ( 1 FEBRUARI 2014) ..memang sesak sikit lar..nak parking pun susah..korang tengoklah sesak giler..sebab tu kot lembu menyorok..terkejut sebab ramai sangat yang datang melawat dia hari tuu..hehe..

Dah penat bergambar tuu boleh berhenti rehat sambil menikmati waffle dan ais krim...ais krim kat sini segar sangat sebab buat dari susu yang segar pastu makan plak sambil menikmati pemandangan yang cantik dan angin gunung yang sejuk.. xker heaven tuuu...


kalau datang Desa Dairy Farm tapi x cuba susu dia memang rugi lar sebab air susu kat sini SEDAP GILOS...korang tengoklah betapa ramai nya yang beratur nak beli..sorang beli bukan sekotak dua..berkotak-kotak..haaa cuba tengok dalam peti ais tuu..dah banyak kosong kan...diorang sampai tak sempat nak topup susu sebab ramai sangat pelanggan hari tu. 


Ada perisa coklat dan original jer..Dua-dua sedap..


Alamak besarnya jerawat..hahaha korang jangan tengok aku sangat tau tapi tengoklah haziq tu..kejap jee dia sedut. ...susu dia segar sangat dan takda bau lembu pun..aku borong banyak gakla sebab nanti boleh minum dekat homestay. hehe


Bergambar dah..makan dah..minum dah...so kitorang move on ke destinasi seterusnya tapi yang tu aku akan cerita dalam entry yang lain ok .

Kalau nak tengok banyak lagi gambar kat sini korang boleh baca blog akak ni.klik jeee okey.. 

 zazaabdullatif.blogspot.com



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




EH JAP!!  Haa sebelum tu aku nak citer pasal gambar kat atas ni..  Masa ni kitorang perjalanan dari sini ke kudat .. Tiba-tiba nampak tepi jalan ada jual ikan bakar padahal kawasan tu kawasan bukit bukau .. jauh dari laut...haha rare gila ada orang jual ikan tengah-tengah hutan.. So kami berhenti la tanya harga .. korang mesti terkejut beruk monyet dengan harga dia... RM6.00 JEEEEE sekor wehh.. tengok ah besar mana ikan tu . kakak yang jual tu cakap ni ikan tuna...apalagi kitorang beli la dua ekor..panas-panas lagi..akak tu bagi sambal kicap lagi .Siap request lagi mintak limau lebih..hehe Nampak tak pisang kat sebelah tu..pisang tu sesisir RM 1.00 JEEEEE murah kan ..Hari ni dah dua kali aku terkejut... aku bagi la kat makcik tu dua ringgit lebih beli ikan tadi then cakap seringgit lebih tuu aku sedekahkan.. Tau tak makcik tu terus peluk aku siap doakan semoga murah rezeki..aku sebak giler masa tu.walaupun seringgit jeee yang aku sedekahkan...hmmmm T___T


Thank you for reading !

Saturday, 25 October 2014

Jeruk Asam Boi

Assalamualaikum....

Sekarang ni tengah viral jeruk mangga asam boi.,macam satu fenomena dah..haha. Setiap kali buka facebook mesti adalah orang post pasal jeruk asam boi..oiiiii kecur tau air liur nie..dahla aku suka giler mangga...Kalau teringin nak makan pun xsusah dah sebab sekarang ramai dah yang jual benda ni . Tapi sebab aku kedekut aku sanggup tahan keinginan dari beli..hahaha

So aku decide nak try buat sendiri sebab bila tengok resepi lahhh senang sangat,,bahan-bahan dia lima jenis jee..jadi antara rajin ker tidak je nak buat..

Petang tadi aku ajak aliah pergi kait buah mangga kat rumah classmate lelaki kat bukit beruang. Dah lama dah aku perhati pokok magga diorang,haha geram oiii kemain lebat buahnya,diorang bukan makan sangat pun.


Boleh tahan lebat lah buah mangga diorang.. Aku kait tu ada sebijik tu tepat-tepat jatuh atas kepala..adehhh sakit laa jugak. Takpe kau mangga, siaplah nanti bila aku dh dapat..aku jeruk-jerukkan kan kau.. haha



Hasil yang dapat. teka mangga gapo ni..hehehe 
jawapan : mangga epal ..kalau orang kelate dia panggil pauh epo...

Lepas je botak pokok tu kitorang balik dan singgah kedai runcit jap beli bahan-bahan dia.. 

OK part yang ditunggu-tunggu.. cara-cara nak membuat jerum asam boi..

1) bersihkan mangga tadi dan kupas kulit..


Aku guna peeler untuk buah sebab senang,..hasil pun kemas..kalau guna pisau nanti terkupas kulit tebal sangat..membazir nanti..


Hasil selepas kupas..kang nampak kemas jee...kulit dia xpayahla kupas tebal-tebal sangat sebab ada kulit sikit-sikit rasa rangup...aku suka macam ni xtahula korang macam mana..ikut selera masing-masing.

             




2 ) Lepas dah kupas kulit tu potong buah mangga tadi..ikut korang la nak potong bentuk macam mana.. Kalau aku, aku suka panjang-panjang sebab senang nak makan nanti. Dah kupas basuh sekejap then biarkan air kering sikit.



 Lepas tu masukkan gula (lebihkan sikit) , garam , asam boi , cili (kalau nak pedas boleh letak banyak-banyak) .. Gaul dan simpan dalam peti ais..Lepas 4-5 jam baru boleh makan...kalau dh xsabar sangat sekarang pun dah boleh makan..tapi kalau korang bersabar sikit hasil dia lagi lumayan....

Oh aku beli asam boi ni jenama combywhite .satu paket kecik ni RM2.80...


Letak dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.nanti sambil-sambil tengok running man boleh makan. Oh kat sini xnampak cili,cili maluu kot sebab tu dia menyorok bila aku nak amik gambar..haha..

Oklah..macam mana..senang kan..nanti korang buatlah..serious lagi jimat kalau buat sendiri...

Selamat mencuba !!

Thursday, 16 October 2014

Pertama Kali Jumpa Fahrin Ahmad


Assalamualaikum p/s : untuk makluman semua, kisah nie dah lama dah aku taip.. aku tgk tarikh kat draft 22hb.12.2012...bukan setakat basi dah cerita ni tapi dah jadi baja dah..haha lama gila peram dalam draft sampai 2 tahun. Sory lah setiap kali aku nak sambung cerita setiap kali tu lah busy lah,line internet slow lah, mengantuk lah, rasa nak pergi makan dulu lah last-last xsiap-siap cerita ni.. Setelah dua tahun akhirnya siap jugak entry ni..fuhhhhh!! .hahaa so baik korang baca betul-betul sebab lama ni nak taip :POkey sory sebab memebel panjang..sebab tu ah entry ni lama nak siap sebab ni la.haha maafin aku deh! >.<. Siapa xkenal Dr.Fadzilah Kamsah ? habaiq mai kat ceq..Siapa la yang xkenal beliau kan. Beliau famous sangat di malaysia nie, seorang pakar motivator dan ada program sendiri di astro....korang tengok x program bual bicara bersama doktor yang bertajuk ''SELAMI JIWA'' .sebelum ni sempatla aku tengok program beliau kat oasis tue,masa tu tetamu jemputan beliau adalah catriona ross atau lebih dikenali cat . Cat berkongsi pengalaman bagaimana beliau boleh berhijrah dari seorang yang xberhijab dan sekarang sudah memakai hijab dan menutup aurat. Alhamdulillah !



Inilah Catriona Bahrin Ross. Cantikkan kak Cat sekarang bila dah bertudung,semakin berseri-seri =P Aku jelesss gila dengan lesung pipit cat,
bila dia senyum wahhhh! manis sangat. Kalau aku ada lesung pipit entah-entahmuka aku macam pretty zinta kott...Eh!




Dan inilah beliau yang aku dan rakyat malaysia hormati.


DATO' DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH.



Kisah dia macam nie pada hari yang bertarikh 29 September 2012, telah berlangsungnya program bual bicara  dari motivator terkenal ini yang bertempat Bangunan Dewan Besar UTeM,Kampus Induk Durian Tunggal . Tajuknya 

'' RAHSIA MENCARI PASANGAN''






Untuk mendapatkan jodoh selain berdoa kena la berusaha gak :) Disebabkan aku masih takde pasangan  so sangat-sangatla sesuai nak join event ni.
hihihi >.< mana tahu kan lepas pergi program ni tiba-tiba bertemu jodoh ker? kita xtahu kan .. Eh!

Pada program hari itu, Dr telah menjemput dua orang panel jemputan yang merupakan selebriti yang terkenal di malaysia tak lain tak bukan Fahrin Ahmad dan Wardina Saffiyah.FAHRIN AHMAD tuuuuuuu... Korang semua tahu kan yang aku ni minat sangat-sangat kat fahrin ahmad sampaikan aku sanggup jatuhkan maruah aku dengan main crop-crop gambar fahrin guna paint.haha hina kan. Yelah nak guna photoshop bagai tu aku xpandai pulak. aku kan buta IT. mihmih









                Macam real kan? haha Sape nak belajar pm okeh! kahkah

Banyak lagi sebenarnya yang aku edit tapi malu lah nak tunjuk banyak-banyak.kang ada yang muntah hijau nanti kang.


Bila tahu yang dia nak datang UTeM, aku dah excited xterkata. Adrenalin aku bergaduh sesama sendiri dalam badan sampaikan aku berpeluh-peluh walaupun tengah duduk xbuat pape pun. haha dahsyat x dahsyat. Ibarat macam orang mengantuk disorongkan bantal..Orang lapar ditawarkan makanan..macam tu lah


Aku promote program ni kat kawan-kawan aku, suruh diorang join sekali tapi ramai xberminat..EH diorang xminat fahrin ahmad ke, aku sorang je ke sebenarnya yang minat fahrin nie??? okey et say lah xnak pergi sebab xminat fahrin tapi ada wardina safiyyah..Wardina pun xminat? hmmm Dr Fadzilah kamsah xkan korang xminat gak,,tipu ahhhhh !!!!

tapi rupanya ramai yang tak berminat sebab program tu berbayar dan satu lagi program tu buat hari weekend jadi ramai yang nak balik rumah lagi-lagi rumate aku, Sarah.Dia pantang cuti mesti balik rumah. Kalau xda siapa yang nak pergi maknanya aku pun xdapat pergi la sebab aku takut nak pergi sendiri.

Mula-mula tu sedih gak sebab macam xdapat pegi sebab xda geng, xbestla pergi sorang-sorang kan. T_T

Malam tu aku lepak rumah anne. Anne tu kawan aku masa orentasi tapi dia fakulti lain. Tiba-tiba je anne tanya aku


''ehh efa,kau nk x pergi program Dr Fadzilah tu?
aku nak pergila tapi xda kawan" -Anne

Hah!! apa lagi,memang seronok la,akhirnya ada gak geng pergi program tu. Terus keluar bintang atas kepala aku pastu tiba-tiba keluar gambar fahrin yang tengah senyum..hakhak berangan duhh! Jadi Anne la yang uruskan semua tiket apa, dia memang efficient bab-bab management ni. Aku relax je semua dia buatkan.

Esoknya 29/9/2012 program tu akan berlangsung. Pada malam sebelum nak pergi tu tetiba ada masalah pulak. Kami xda kenderaan nak pergi dewan besar kat induk. xda bas yang disediakan untuk pergi ke sana kami plak dua-dua xda kenderaan sendiri..malam tue aku risau sangat-sangat, sebab takut tak dapat pergi. Anne cuba usaha cari jalan, cuba pinjam kenderaan dari kawan-kawan dia tapi takda. weekend kan semua nak guna kenderaan. Aku plak cuba message (2012 takda whatsapp lagi) classmate nak pinjam motor, dia plak tak dapat pinjamkan sebab nak guna. masa tu tak tahu kenapa aku rasa kecewa sangat sampai menitis air mata sebak sikit. hehe cengeng ! masa tu rasa kecewa tahap giler-giler la..Nasib baiklah tak jadi gila malam tu, kalau tak sekarang korang tengah melawat aku kat spital.hehe

Aku cuba msg yusri (kawan kelas) 
yus plak kata dia nak guna moto dia sebab esok dia nak pergi wonderland.
Aku pun kata dalam hati memang dah xda harapan dah ni tapi hati terus berdoa. tiba-tiba yusri tweet, kau betul ke nak guna motor? ambil la, aku boleh tumpang kawan aku..masa tu kan aku menjerit dalam bilik,happy nya...tadi bukan main melalak sedih,sekarang teriak happy..hehe
biarlah,asalkan aku dapat pergi program tu..
malam tu aku dah set dalam kepala nak bangun awal esok, kunci alarm bagai, Volume alarm set yang paling maximum,bahaha :p
betapa excitednya hanya tuhan yang tahu.....Syukur Alhamdulillah !






Lepas je zohor kami merempit menunggang motosikal ke induk..masa tu dah rasa lewat...padahal baru 1.30 hari...gelabah sangat takut xsempat sampai sebelum program mula. Aku bawak moto macam apa entah,laju gilerrr  (sorry yus,hehe)..tapi bila aku rasa dah laju sangat aku slow down kan moto...kata kat diri sendiri tak boleh mcm nie.. jgn bawak laju-laju..banyak dah excident berlaku kat highway nak ke UTeM...Aku dahla bawak anak dara orang kat belakang...moto pulak motor orang sempat muhasabah diri tengah-tengah bawak motor tu..

tiba-tiba ingat tagline

''Biar Lambat Asal Selamat''

Dalam pukul dua petang tu, kami sampai kat induk, masa tu tak ramai lagi tetamu yang hadir, tak tahula samada kami ni terlebih awal tak pun tetamu yang lewat. Tapi ada untung gak bila datang awal.. dapatla kami cop tempat duduk yang best .hehehe
sebelum tu sempat la bergambar kejap time orang xda lagi. jangan bazirkan peluang yang ada ! hehe (^__^)



kat luar dewan, aku tertarik dengan kereta bmw biru nie...firasat aku kuat kata ni kereta fahrin.terus kitorang snap ..sebab xnak nampak sangat nak tangkap gambar kereta ,aku suruh Anne posing depan tuu..Terima Kasih Anne...teheee :)



Ehem..tEHEEE (^__^)v
and memang betul ni kereta Fahrin sebab nampak masa nak balik tu Fahrin drive kereta nie. Hebat gak firasat aku.

                           

maafla gambar xclear
#kamera cikai jee...
#baju selekeh...
#tudung serabai...
#muka pucat macam ayam berak kapur...
#mata sepet yang tue memang xleh nak ubah dah...


Dalam pukul 2 setengah tu tetamu semua sampai...mata xpayah cakap la,dok melilau-lilau tunggu kelibat fahrin ahmad nervous mak aihhh, jantung nie dup dap dup dap jeee...hee *ngada* Bila dah dekat setengah jam tunggu xda muncul-muncul pun lagi kepala pun dah teleng jadi aku fokus jelaa kat depan.. tekan butang camera selfie dgn anne..Lama lepas tuu anne tampar bahu aku "effa!!! effa!! Fahrin Ahmad kat belakang..APA????????? Zasssss!! terus toleh belakang,memang fahrin ahmad larhh! Tersangatlaaa macho dan tampannya fahrin..sebelum ni tengok dalam tv hensem kemain, kat luar 10xganda kuasa dua hensemnyerrrr... Kat situ jugak aku cair weyhh...heheheh yang kelakarnya, badan menggigil macam duduk kat kutub utara..sampaikan nak tekan screen camera pun ketar-ketar. Last-last Fahrin Ahmad dah jalan sampai kedepan..Masa tuuu rasa rugi gila sebab xsempat snap gambar fahrin ahmad.
kecewanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! T___T

Anne kata xpe, nanti masa Fahrin nak turun pentas tu kau snap la gambar dia
lepas jee anne kata macam tu tiba-tiba ada semangat baru. ok xpe! nanti Fahrin turun aku get ready awal-awal ok. So dalam dua jam tu dengarlah celoteh Dr Fadzilah, Fahrin dgn kak wardina. Aku respect la kak wardina.. dia pandai bagi nasihat,kata-kata dia memang menusuk kalbu

''Mana-mana wanita yang tidak rapat dengan ayah adalah berisiko besar untuk menagih kasih dari kekasih''


''sebelum mencintai orang lain,cintailah diri sendiri''


''Cinta sepatutnya tidak merosakkan''


(^__^)V

=

=

=



Ni masa yang ditunggu-tunggu oleh aku..sesi bual bicara dah tamat..semua panel berdiri dan ada sesi pembahagian cendera hati..Bila je Fahrin bangun dan melangkah kaki turun tangga pentas aku pun bangun sekali..padahal masa tu xda sorang pun yang bangun..ahhaa peduli apa..tapi selepas je aku bangun orang lain pun bangun sekali..Butang kamera dah tekan siap-siap
bila je fahrin ahmad lalu depan aku..zappp terus snap..tapi banyak gambar tak jadi..banyak kalau tak kabur ada yang interframe pastu nampak mata jelah,,nampak hidung jelah...huhu nyampah !!..
Aku dari rumah dah pasang niat nak bergambar sebelah Fahrin tapi bila tengok keaadan macam xmustahil jer..asal aku nak g dekat mesti ada orang block aku. Fahrin dah kedepan sana nak keluar dari dewan besar. Anne bisik kat aku xpelah efa xda rezeki lar tu..aku pun jalan lah kedepan.masa tu dah redha dah xdapat bergambar sama.. 




tengok ah gegar tahap apa..stresss tauuu.. !



Yang sebelah Fahrin tu classmate tu, bila aku tgk balik eh macam kenal...Anuar rupanya..cissss macam mana dia boleh dok sebelah Fahrin un xtahu..Eh Anuar pun minat Fahrin gak ker.? xsangguppp aku bermadu dengan Anuar...gahahaa


TIBA-TIBA !!!

Aku nampak Fahrin kat depan mata aku pastu kan xda sape weyhh berdekatan dia.!!!!!!..Jarak aku dengan fahrin dalam dua meter je. Masa tu Anne dah pegang tangan aku dia suruh bagi handphone aku sebab dia nak get ready,kalau ada jee peluang dia nak snap terus..haha kan aku cakap dah Anne ni efficient orangnya...
Masa Fahrin betul-betul depan aku...aku dah tekad nak tegur dia tapi masa tu aku tengah nervous..eh nak panggil dia dengan nama apa ekkk..
AWAK - macam umur sebaya jeee dengan dia
ABANG - isshhhh meremang bulu roma,rasa terawang-awangan
OI - dikatakan biadap pulak nanti

Okey xsempat aku nak decide nak panggil apa sebab fikr saja dah makan masa 20tahun jarak aku dengan Fahrin setengah meter je..Aku xpernah tengok Fahrin sedekat tu...aku jadi nervous gila..seriouslyyy badan aku kaku mata aku xberkelip tengok dia lagi-lagi mata kitorang bertembung..Dengan tak sengaja nyaa aku terkeluar soalan paling bangang sekali dalam hidup aku

Abe...boleh kita amik gambar bersama??"
WHAT!!????? aku terpanggil dia abe..hahahahhahahahahhaha aku xsedar pun.... pertuturan aku xselari langsung dengan fikiran aku masa tu...bila aku nervous aku memang macam ni.kadang-kadang cakap benda entah pape,lepas tu bila fikir balik apa yang aku dah cakap nie,malunyeeeeeeeeeee 0___0

Fahrin masa tu bagi respon, first aku dengar suara dia secara live depan mata,fuhhh muka dah hensem suara plak macho...seriussss aku dah bagai tisu yang berterbangan ditiup angin ribut melayang-layang dengan redha..hahaha mula-mula Fahrin menolak permintaan aku sebab dia nak cepat katanya..ada event lain dan dia dah lambat...Aku tak putus asa..aku cakap 

pleaseeeeee! (dengan muka doploh sen)

At last Fahrin angguk kepala dia tanda setuju..yahooooooo aku berjaya..haa power jugak taktik aku..hahaa ...jadi terciptalah sejarah paling manis dalam hidup aku kat UTeM nie...hikhik

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






Masa nak balik tuu,lama gakla calm down tepi tasik dgn Anne sebab tangan aku gigil..xboleh nak bawak motor...Anne plak xpandai bawak moto...Haha masa tu Anne cakap kalau dia toreh muka aku dengan pisau memang xkeluar darah..pucat lesi...hahahaha yeke Anne? Apa-apa pun thankyou Anne sebab temankan aku,kalau tanpa kau dan izin Allah aku xdapat jumpa Fahrin lagi selepas cubaan pertama gagal di mydin masa promosikan Garnier...


Akhirnyaa habis gak cerita aku  ''Pertama Kali Jumpa Fahrin Ahmad''....





Thank You for reading..... :)




x

Sunday, 20 April 2014

twentytwo :)

Assalamualaikum...hai ...

Hari ni one of my favourite day sebabnya hari nie hari ulangtahun kelahiran yang jatuh hari yang sama dengan hari ulangtahun kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W 12 Rabiuawal /20 April 571M
 ..terasa diri ni makin tua tapi muda lagi sebernarnya,baru sweet twentytwo..kira dalam golongan remaja lagi ..hikhik..
Orang tanya apa azam kali nie,,hurm sebenarnya setiap tahun berazam dan setiap tahun jugakla azam tu hanya tinggal azam..hahaa..

Sepanjang tiga tahun berada kat U nie,banyak sangat kenangan-kenangan manis yang dah lalui,antaranya tiap kali ulangtahun kelahiran,mesti ada je surprise dari kawan-kawan.. Antaranya........

  20 APRIL 2012
 
 Masa ni ingat lagi,diorang hari tu relax je,takda pun tanda-tanda nak buat surprise birthday party..bila malam tu tiba-tiba datul ajak keluar jalan..jadi sebab xda apa nak buat, joinla.lagi pun kitorang memang selalu keluar ramai-ramai satu kelas,kalau xjoin rasa xbest,mesti lepas tu akan rasa menyesal...


tak jauh pun,kat MBMB jee.. masa tu xperasan lagi taktik diorang..jalan je dengan datul,faezah,yam kat air pancut tuu...


Kebetulan lak masu tu tengah bizi jawab call dari kawan-kawan yang wish birthday..memang langsung xfokus pun kat depan..padahal kat depan tu diorang dah buat bulatan depan kek..sampaila pergi dekat kek pun still xleh nak tangkap lagi apa yang berlaku sebenarnya..hahaha


Sampaila bila tengok nama atas kek tu.. Ya Allah terkejut mak bedah.hahaha serious rasa terharu sangat.. Ni lah kali pertama tengok kek yang ada nama sendiri atas tu..hahaha
sebelum ni xpernah pun sambut harijadi sendiri.sedih kan.hahaa..


Antara orang-orang yang menjayakan majlis yang gilang gemilang nie.. :) THANK YOU semua...i really appreciate kerja keras korang semua..entah masa bila korang plan ni semua, pergi beli barang-barang,masak,padahal kelas full sampai petang hari tu..mesti buat dengan rushing kan..hehe terharunyaa. THANK YOU :'( *lapmata








i keep smiling the whole night ..happy sangat.. hehe


hahaha kelakar la bila tengok gambar-gambar lama nie,
teka,kat sini siapa yang paling nampak perubahan dia dgn sekarang dan yang xberubah langsung pun ada.
keke ^__^

Lepas je makan-makan kami main kat playground. Kami dah takeover semua kawasan playground tuu..kanak-kanak lain pun xberani nak datang dekat..hahaa


Tengoklah ke-excited-tan diorang nie...
rasa macam throwback balik zaman tadika dulu...


Teka siapa yang paling bercahaya sekali tuu...haha


Aliah Mastura, love u.. hehe





 APRIL 2013

Tahun 2013 punya xbanyak gambar sebab terdelete semua gambar dalam memori phone gara-gara terformat handphone :(
Tapi semua kenangan tahun ni terpahat dalam memori walaupun xdapat tunjuk melaui gambar-gambar..

Masa ni tinggal kat hostel lain dah,sebelum ni tinggal kat ttu3,sekarang pindah kat SU .Tahun tu xda buat surprise birthday party pun..tapi masih ter surprise dengan surprise dari roomate..hehehe roomate kita 'cuwet' okey..
Masa tu dia baru balik dari rumah kat selandar,lepas tu cepat-cepat pergi rumah kawan dia kat blok sebelah.xtahu plak dia ada letak something dalam locker,lama jugak la kek tu dok lam locker..hahaha
nasib baikla masa tu nak amik barang dalam locker,kalau x sampai bersemutla kek tu dalam locker...





Thank you sarah dan Acik Juwita...love both of you..

Yang kelakarnya,masa tengah potong kek tuan yang bagi kek xda ,dahla xtahu pergi mana pastu xleh contact lak tuu..haha jadi makanlah dengan housemate lain.dengan hani,dila,merah..



2014


Location : rumah sewa taman tasik utama 2 ..




Sebenarnya ni majlis untuk meraikan ulangtahun kelahiran aeina dengan elly pada 6 April haritu..
Alang-alang jatuh bulan april jadi iols pun termasuk sekali,jadila advance birthday party untuk iols..hehe


sorang pandang ke timur,sorang pandang ke barat.

with star elly..hikhik



Malam tu konon-kononnya nak buat tema masquerade .. setiap orang pakai mask..
tapi xaci mask yang aku pakai langsung xkena dengan muka,bila pakai hilang separuh hidung dengan mata...hahaha
(adakah ini sabotaj????)



Maaf bermaafan amalan mulia..hehe


Mula-mula jee amik gambar elok...


LEPAS 5 MINIT



Dua orang kat belakang tu memang kaki buli habis la malam tu,habis gambar-gambar ayu aku rosak jahanam dek diorang..

tengok leha semua.amboiiiii..hahahaha




Tengok datul! dua-dua belah tangan kotttt..
leha terselamat lagi..mana aci !


 



Haa ni nampak elok sikit,kan cantik kalau dok diam-diam..haha



Datul,tiz zaqyam and leha :)


 Hidung mana hidung? hahaa


diorang berdua share tarikh lahir yang sama...

*tudung macam hape dah..ahaha abaikan yeaa..



















Akhir sekali, Terima Kasih semua yang wish dan yang doakan sy.. Ini semua akan jadi antara kenangan-kenangan yang manis dalam hidup !!

I LOVE YOU ALL..