Monday 3 November 2014

SABAH PART 2 - PEKAN NABALU,KOTA BELUD.



Seawal empat pagi kitorang dah bangun, mandi, solat subuh sebab jadual kami penuh..seboleh-boleh nak penuhkan satu hari dengan aktiviti yang best-best,,rugilah kalau datang bercuti semata lepak dalam homestay dan scroll facebook lepas tu instagram lepas tu weechat dan balik semula kepada facobook...tak chill kan..



Destinasi pertama kami hari ini ialah ke gunung kinabalu..yahuuu...xzabar rasanya.. kalau ke gunung kinabalu seronok pergi waktu pagi sebab cuaca dia sejuk sangat. Dalam perjalan ke gunung kinabalu, kami singgah ke Pekan Nabalu untuk breakfast. Kalau dekat sabah ni kita kenalah pandai pilih gerai makan sebab tak semua kedai makan kat sini menyediakan makanan halal, almaklumlah sabah ramai penganut kristian.

Masa kat kedai makan ya ampun mengantuk sangat sebab dapat tidur sekejap je.huhu bila mengantuk tengok makanan pun xberselera. Tapi perut haruslah diisi sebab hari ni perlukan tenaga yang banyak..banyak misi dan visi yang perlu dilaksanakan..tehee..
Lepas je isi perut kitorang apa lagi selfie la tanda sudah jejakkan kaki di sini . dan ternampaklah pulak sebiji nenas gergasi depan kedai tuu...apa lagi aku suruh Haziq posing depan nenas .. haziq ngikut jelahh kata maksuu dia..hehe

                            



Dan selepas tu mestilah giliran maksu dia..hehe ...yang haziq punya sekeping dua je aku snap..sampai giliran aku haaa lagi-lagi..ehhh gambar ni xcantik la abg..sekali lagi..ni pun tak cantik..hahaha last last depan nenas ni saja pun dah belas-belas snap..




Lepas breakfast kami jalan-jalan sekeliling pekan nabalu.. dekat sini ada jual bermacam-macam jenis buah dan kraftangan. Patutlah ada buah nenas gergasi, memang tarikan utama dekat sini adalah buah nenas.


Buah yang dah siap potong pun ada dijual.. Buah-buah nie macam baru lepas keluar peti sejuk..sejuk sangat sebab cuaca kat sini sejuk.. Aku sempatlah beli beberapa jenis buah dan kerepek sebagai bekalan dalam kereta..kalau berjalan jauh stok makanan kereta haruslah banyak..haha dah jadi tabiat..kadang-kadang sampaikan dah xmuat nak duduk sebab seat penuh dengan makanan..




Cuaca baik sangat hari ni..Dari Pekan Nabalu ni dah nampak dah Gunung Kinabalu..tuuu kat belakang tu..




Kagum sangat dengan pemandangan depan mata.. Bersyukur sangat-sangat dapat melihat pemandangan secantik ni.. kalau bangun pagi bukak tingkap pastu dijamu dengan pemandangan macam ni mesti bersemangat nak pergi kelas....hahaa *verangan betul*
Dekat sini jadi spot terbaik kalau nak melihat sunburst.. serious cantik sangat sebab kita akan nampak matahari tu betul-betul atas gunung kinabalu tuuu... 



contoh sunbusrt (gambar dari google)

 Sorry for the bad skill of photography..nampak separuh je signage..haha.. sebenarnya Pekan Nabalu, Kota Belud.


Matahari dah mula naik.. 



Perjalanan diteruskan ke Gunung Kinabalu..Sepanjang perjalanan dijamu dengan pemandangan yang indah ni..memang memukau mata yang memndang..Segala puji-pujian pada Allah swt.



Mata asyik pandang ke luar tingkap je memasing sampai nak teleng dah kepala..haha xsabar nak sampai gunung kinabalu.. yang tu akan cerita next entry ok. ..


Thank you for reading this entry! 


Sunday 2 November 2014

SABAH PART 1 - DESA DAIRY FARM



Hye...


Korang pernah pergi sabah? kalau belum pernah pergi nanti bolehla start simpan niat dan simpan duit sekali pergi vacation kat sabah.best tau..(ikut pengalaman sendiri)

Entry aku kali ni nak cerita pengalaman aku pergi sabah ritu hari..tapi sebabkan banyak sangat tempat aku pergi dan banyak sangat gambar yang aku nak share dengan korang semua so aku buatkan part la.senang sikit....aku akan tunjukkan satu-satu tempat pelancongan yang best kat sabah dengan korang.jadi xdalah pening kejap citer tempat tu.kejap citer tempat ni..aku tunjuk satu-satu eh..haaa so entry kali ni aku nak share antara salah satu tempat yang kita patut a.k.a wajib pergi kalau berkunjung ke sabah

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang,Sabah.


kalau nak tahu, Desa Cattle Dairy Farm kat kundasang ni digelarkan New Zealand Malaysia sebab tempat dia seakan-akan New Zealand. Kalau yang berangan nak pergi New Zealand tapi masih xmampu apa kata datang sini dulu amik feel. Tempat ni boleh tahan sejuk jugak sebab ia berada di kawasan kaki gunung kinabalu. Kalau dari Kota Kinabalu ambil masa 2 jam gakla untuk sampai kat sini. Sepanjang perjalanan kita akan dijamu dengan pemandangan bukit bukau ..kabus..gerai-gerai jual buah-buahan,sayur  .. alaaa macam kat Cameron Highland tuu.


Lagi satu..ladang lembu dekat sini jadi tempat pilihan untuk pengantin buat outdoor wedding photosoot..krew filem pun banyak yang buat penggambaran kat sini kalau diorang nak suasana ala-ala ladang eropah.gitteww!...



Pemandangan semasa perjalanan nak ke Desa Dairy Farm..Seriously cantik sangat-sangat. ...rumah-rumah kat atas bukit tu mesti xpayah pasang kipas kan sebab siang hari pun dah sejuk inikan plak malam..


Nak masuk sini kena bertiket.

Tiket Masuk

Dewasa - RM4.00
Kanak-Kanak - RM3.00

Waktu Operasi

8.00 pagi - 5.00 ptg

Waktu memerah/Memproses Susu

Memerah : 3.00 ptg - 5.00 ptg setiap hari
Memproses : Setiap selasa, khamis, ahad pada 10pg-2ptg



Kat sini kita boleh lihat sendiri proses memerah dan memproses susu segar. Sape yang jakun xpernah tengok lembu bolehla tengok lembu depan-depan kat sini.



okey dah sampai kat Desa Dairy Farm tapi tak masuk kat dalam lagi. ni baru kat luar pintu pagar...nampak tak makhluk berwarna hitam putih kat padang tu..nampak tak? tu lah lembu ..kekee
ishhhh tengoklah kabus kat atas gunung tu,so boleh bayangkan tak cuaca kat sini macam mana...nyamannnnn sangat.


                      
Alamak tak nampak la pulak lembu masa ni...diorang malu kot.haha sorry tak dapat nak tunjukkan muka lembu secara dekat kat korang. Kalau korang nak bagi makan kat lembu kat sini pun boleh tau. Sini bukan setakat lembu, kambing pun ada..tapi aktiviti tu kitorang berdua tak buat sebab ramai sangat orang masa tu..lagipun kitorang dah biasa dengan kambing lembu..jadi bagilah can orang lain yang tak pernah merasa pengalaman bagi makanan kat kambing lembu. :)



This is my travel partner..haziq..anak buah den..hehe ..Masa nie dia baru habis exam spm so bawak dia jalan-jalan lepas penat pulun study spm.
say hyee kat haziq..keke
                                          

mata mana mata? hishhhh menurun sape la ni mata sepet.. kekeke...menurun maksu dia lah ni..Almaklumlah maksu dia keturunan Korea..hehehe EHHH! Apasal korang gelak? hmm

                                      
Haa owner blog pun nak selfie gak..mohon laluan...kekeke


masa kitorang datang sini time raya cina ( 1 FEBRUARI 2014) ..memang sesak sikit lar..nak parking pun susah..korang tengoklah sesak giler..sebab tu kot lembu menyorok..terkejut sebab ramai sangat yang datang melawat dia hari tuu..hehe..

Dah penat bergambar tuu boleh berhenti rehat sambil menikmati waffle dan ais krim...ais krim kat sini segar sangat sebab buat dari susu yang segar pastu makan plak sambil menikmati pemandangan yang cantik dan angin gunung yang sejuk.. xker heaven tuuu...


kalau datang Desa Dairy Farm tapi x cuba susu dia memang rugi lar sebab air susu kat sini SEDAP GILOS...korang tengoklah betapa ramai nya yang beratur nak beli..sorang beli bukan sekotak dua..berkotak-kotak..haaa cuba tengok dalam peti ais tuu..dah banyak kosong kan...diorang sampai tak sempat nak topup susu sebab ramai sangat pelanggan hari tu. 


Ada perisa coklat dan original jer..Dua-dua sedap..


Alamak besarnya jerawat..hahaha korang jangan tengok aku sangat tau tapi tengoklah haziq tu..kejap jee dia sedut. ...susu dia segar sangat dan takda bau lembu pun..aku borong banyak gakla sebab nanti boleh minum dekat homestay. hehe


Bergambar dah..makan dah..minum dah...so kitorang move on ke destinasi seterusnya tapi yang tu aku akan cerita dalam entry yang lain ok .

Kalau nak tengok banyak lagi gambar kat sini korang boleh baca blog akak ni.klik jeee okey.. 

 zazaabdullatif.blogspot.com



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




EH JAP!!  Haa sebelum tu aku nak citer pasal gambar kat atas ni..  Masa ni kitorang perjalanan dari sini ke kudat .. Tiba-tiba nampak tepi jalan ada jual ikan bakar padahal kawasan tu kawasan bukit bukau .. jauh dari laut...haha rare gila ada orang jual ikan tengah-tengah hutan.. So kami berhenti la tanya harga .. korang mesti terkejut beruk monyet dengan harga dia... RM6.00 JEEEEE sekor wehh.. tengok ah besar mana ikan tu . kakak yang jual tu cakap ni ikan tuna...apalagi kitorang beli la dua ekor..panas-panas lagi..akak tu bagi sambal kicap lagi .Siap request lagi mintak limau lebih..hehe Nampak tak pisang kat sebelah tu..pisang tu sesisir RM 1.00 JEEEEE murah kan ..Hari ni dah dua kali aku terkejut... aku bagi la kat makcik tu dua ringgit lebih beli ikan tadi then cakap seringgit lebih tuu aku sedekahkan.. Tau tak makcik tu terus peluk aku siap doakan semoga murah rezeki..aku sebak giler masa tu.walaupun seringgit jeee yang aku sedekahkan...hmmmm T___T


Thank you for reading !