Monday 28 November 2011

#Resepi Tom Yam Siam

 Assalamualaikum

Apa khabar semua ? harap korang sihat-sihat lar yea..ada satu hari tue member bawak pergi makan dekat restoran berkat salam bukit katil,melaka.. member tu suggestkan untuk order tomyam..dia kata tomyam kat situ sedap..jadi aku ikot jelah kata dia...sedap la jugak.. sekarang bersepah kedai tomyam ..kalau pergi kedai makan tomyam tu mesti wajib ada dalam menu kan.


so hari nie aku rasa nak main masak-masak lar untuk makan tengahari..lepas buat undian dgn housemate semua..kami bercadang nak makan tomyam campur hari nie... Dulu aku pernah tolong makcik aku kat kedai makan jadi aku selalu la tengok macam mana tukang masak makcik aku buat tomyam.Alang-alang nak masak tomyam hari ni so apakata aku tunjukkan sekali cara-cara nak masak tom yam campur..mana tahu ada yang nak belajar buat tomyam..resepi ni simple je..masakan orang bujang + student yang buzy dan xda masa katakan. :P

pertama sekali kena pegi pasar lah kan..beli bahan2 utk membuat tomyam..mihihi   

 Bahan-bahan:

minyak masak 1/5 cawan

ayam,sotong,udang ( ikut citarasa)




kalau boleh pilih udang yang segar2 lagi,barula tomyam tue lebih koww !

perencah/pes tomyam



ini bukan tin cat ker apa erk,ni pes tomyam buatan thailand,aku selalu gunakan yang ini sebab rasa tomyam tue lebih asli dan pekat dan sama macam kat kedai punya..kalau korang nak tahu..kat kedai-kedai makan siam yang selalu korang makan tu dia guna pes tomyam ni lah..
mana nak dapat? mydin ada jual rasanya.


sayur campur (ikut citarasa nak sayur apa)

contoh sayur yang sesuai 
bunga kobis
kobis
ketiak jagung
cendawan
carrot

  serai
 tomato
 daun limau purut




potong bahan-bahan tersebut


p/s:sila tunjukkan bakat seni anda dalam memasak...contohnya potong lobak merah dalam pelbagai bentuk agar masakan kita nampak lebih menarik..paling koman sekali org buat bentuk hexagon la.


                                             
   limau nipis/cuka 
(tapi guna limau rasa dia lagi sedap)
  daun ketumbar
  garam
  serbuk perasa
                                      
cara-cara memasak

1-panaskan periuk..rebus sotong,udang,dan ayam hingga separuh masak
2-masukkan pes tomyam
3-masukkan serai yang telah diketuk,daun limau purut ke dalam periuk
4- apabila kuah tom yam sudah mula mendidih masukkan lobak merah,bunga       kubis,dan bawang
5-akhir sekali,air limau/cuka bagi membangkitkan rasa masam tomyam dan          selepas itu masukkan pula bahan perasa secukup rasa
6-tutup api dah dan masukkan hirisan tomato bersama daun ketumbar..
   sekarang tomyam kita dah siap dihidang.....senang kan.~
                                  
                                                       
p/s: utk lebih sedap,tomyam dimakan bersama telur dadar


TIPS: Tom yam yg enak, ada sedikit rase pedas, masam dan

 wangi dari aroma daun limau.

selamat mencuba tau!! 


picture from:google..keybeze.blogspot

Thank you for reading this entry.




7 comments: