Friday 28 September 2012

Hakikat Sebuah Perkahwinan


                                      Assalamualaikum....



Sekarang ramai orang yang sedar kelebihan kahwin muda.Ramai kawan-kawan efa yang sudah berkahwin walaupun masih belajar.Kahwin muda tidak salah dan sangat dituntut supaya tidak berlaku zina di hari kelak.Dekat facebook sekarang ramai pengantin-pengantin baru di luar sana upload gambar kahwin mereka,efa ni memang suka tgk gambar orang kahwin.efa akan senyum dan mulala terbayang efa yang duduk atas pelamin tue..wahh bahagianya,pastu mulala berangan nak kahwin juga..hehehe~

Lagi satu,orang yang sedang hangat bercinta selepas kahwin mesti masih dalam mood honeymoon,maknanya apa yang dilakukan pada pasangan mesti nak sweet sweet gitu..hehe contohnya hantar post-post romantik kat wall pasangan..ayat-ayat romantik diorang menggambarkan betapa bahagianya mereka di saat itu..orang baru berkahwin kan,semuanya indah..
dan bila saya yang single dan masih xkahwin nie baca mulala timbul perasaan cemburu dan nak juga seperti mereka alami. hehehe~
WALHALNYA , ada sesuatu yang saya xnampak di sebaliknya,apa yang saya nampak hanya satu kisah yang bahagia,manis,sweet,seronok namun demikian di sebaliknya ada satu kisah lain tentang PERKAHWINAN ini.. kalau nak tahu,bacalah kata-kata dari  Madam. Fauziah Mohd Noor. nanti  =p






 Bila anda tengok gambar nie,apa yang terlintas di fikiran anda?
apa yang anda fikir sama dengan saya fikir

picture by : Dr.Attaful Arshad dan Tini Mohamad

sebuah luahan hati yang sangat menarik hati saya :) selamat membaca


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


p/s : Rasa ada benar juga apa yang dikatakan oleh puan ini.Efa tgk ramai orang yang baru kahwin@ kahwin muda beromantik di laman facebook...Bila efa baca status3 diorang yang sedang berbahagia,terlintas dalam hati efa.... wauuu romantiknya,bestnyaaa kahwin,,bahagianya sedangkan hakikatnya kita xtahu tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan sangat besar dan xsemuanya manis belaka..ada pahit juga,cuma yang pahit itu kita xnampak..

terima kasih membaca,salam syg dr effaMadi <3

No comments:

Post a Comment