Friday 7 March 2014

Belajar berenang



Hye ..

Lama sungguh blog ni xberupdate..hehe
Sory lah tuan tanah xbersungguh-sungguh dalam dunia blogging ni. Update blog bila ada mood je..tapi masalahnya mood untuk update blog setahun sekali jer..acaner tuu..hehe ada ke orang rindu kat blog aku nie.macam xda jee.. haha kalau yang rindu tu terima kasih bebanyak yeaa..

Entry kali ni nak cerita benda baru yang aku buat untuk pertama kalinya dalam tahun 2014 nie.
Hari isnin lepas aku dan housemate alia,aina pergi berenang.Sebenarnya dah lama aku pasang niat nak belajar berenang tapi disebabkan kekangan masa,sibuk dengan dunia universiti yang memang hectic maka lama-lama aku terlupa dengan niat murni aku tu..hehe


Antara persoalan-persoalan utama sebelum aku belajar berenang :
1 – Mampukah orang yang jahil berenang seperti aku ni akan pandai berenang.
2 – Benarkah berenang di dalam air ini merupakan senaman kardiovaskular yang lebih baik daripada berjogging di taman?
3 – Benarkah berenang itu membosankan? (Selalu orang yang tak tahu berenang akan cakap ini)
4 – Susahkah untuk mempelajari renang?
5 – Kenapa kurangnya kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan berenang?

Ni alamat pusat akuatik yang kitorang pergi.

Pusat Akuatik Hang Jebat
kompleks Sukan Hang Jebat,
Paya Ruput-Krubong,
75260 Melaka.

Tel    : 06-336 4571
Faks : 06-337 2786


                               


Ni jadual pusat akuatik tu.. kitorang pergi hari isnin pukul 2 ptg.Jadual kelas kitorang isnin petang kitorang xda kelas langsung :P jangan jeless chuolss ..hihi
Bayaran untuk sekepala Rm5.00.

 

Nasib kitorang baik sebab masa kitorang pergi tu orang xramai sangat.Boleh kira dengan jari je berapa orang yang ada.Aina bagitahu kalau weekend kolam renang ni memang penuh.Jadi kalau korang nak pergi berenang kat sini make sure datang hari biasa. Lagi-lagi kalau perempuan sebab kat sini dia xsediakan hari untuk perempuan.Kalau yang jenis pemalu macam aku ni(hehe) memang akan cari peluang waktu xda orang la.

Oh yea,kat sini kalau korang nak berenang korang perlu ikut beberapa peratutan yang ditetapkan pusat akuatik ni.

Etika Pemakaian
Korang diwajibkan untuk memakai pakaian renang.Tidak dibenarkan untuk memakai t-shirt yg berkain cotton atas isu keselamatan yela t-shirt cotton yg kita pakai tu kan berbulu,bulu tu boleh masuk mata dan mencederakan mata.
Kalau orang yg nak berenang tapi malas pakai baju renang rasanya boleh kot pakai baju kain jersey.aku xsure gak tapi rasanya boleh kot.

Sebabkan kena pakai pakaian renang jadi aku pun belilah baju renang.Untuk wanita muslimah jangan risau sebab sekarang baju renang muslimah dah banyak dah kat pasaran cuma duit jelah xberapa banyak kan? huhu

Sebab nak jimat (yela aku kan student kenala pandai berjimat kalau x makan telur rebus jelah hari-hari)
aku beli baju renang saja kat Ogival.seluar tu beli je seluar thight kat mana-mana.aku beli kat maydin sepuluh ringgit je.                                                                                                                                                                                                                        
Cantik tak baju renang kakton?
 

Ni baju renang yg aku beli kat Ogival Swimwear Kebetulan ada sale hari tu dapatla less sikit..hewhew
Boleh tgk kat link fb  Ogival atau laman web Ogival.Ni aku beli Aeon Jusco Melaka.

Kalau tudung diorang xkisah sangat.Jadi aku just pakai tudung syiria je.kalau pakai tudung bawal macam xsesuai je.Janganla plak korang pakai selendang belit-belit 
nak datang berenang,memang sengaja cari pasal untuk kena kutuk..hahaha
Benda yang penting selain baju renang adalah goggle. Kalau xda goggle mata korang akan pedih masa menyelam.Jangan risau kalau xda goggle sebab kat sini dia ada menyediakan perkhidmatan untuk meminjam alatan renang.Sebab aku xbeli jadi aku pinjam je dengan diorang.Satu goggle RM3.00



Oh yea,lupa satu perkara kat sini juga menyediakan kelas renang.
Pendaftaran RM50.00
Bayaran bulanan RM50.00
Kelas setiap hari ahad (4X)

Rasa berminat je nak join kelas renang diorang tapi sebabkan nak jimat aku upah je cikgu renang persendirian.

                                  


Ni haa cikgu renang aku, cikgu aeina jannah :P
Nampak je macam ni tapi power berenang.

Hari pertama cikgu ajar basic berenang dulu dibantu dengan staff pusat akuatik ni yang baik hati bagi kitorang kelas renang percuma .Murah betul rezeki kitorang hari tu. :p Alhamdulillah (^___^)V


A- Kaedah pernafasan (blow bubble).Cara buat ni senang je dan boleh buat kat rumah kalau rasa stress kena buat report yg menimbun-nimbun.
1 – Dengan kepala di atas permukaan air, sila tarik nafas dalam-dalam dengan menggunakan mulut.
2
 – Kemudian, tenggelamkan seluruh badan, termasuk kepala di bawah permukaan air. Hembus nafas seperti biasa dengan hidung (lebih mudah) atau mulut (buka sedikit sahaja, dan lepaskan udara seolah-olah anda membuang biji anggur).


B- Kaedah terapung .Cara nak terapung senang je.Korang perlu bertenang jangan gelabah.Masa
tengah tenang tu perlahan-lahan baringkan badan atas air.Depa kedua belah tangan.Bila korang tengah relax automatik badan korang akan terapung.xpercaya cubalah buat.

Kedalaman air kat sini berbeza-beza.Untuk beginner macam kitorang ni guna kolam renang yang 4 meter jee.

                                  
Tengok alia buat..buat macam ni yea murid-murid.
                                    
Jangan cemas,kalau korang bertenang xakan tenggelam.

C - Cara mengayuh kaki di dalam air (kick)

Untuk buat ni mudah je,pegang tepi swimming pool dan luruskan tangan,dengan lafaz bismilah tarik nafas dan buat bubble blow sambil luruskan kaki dan kayuh laju-laju..kaki kena lurus sampaikan lutut dan lutut bertemu.ermmm faham x ni? kalau xfaham buat-buat faham lah yerrr..hehe 

Tiga benda tu jelah yang aku belajar selama dua jam kat sana.Nak belajar berenang ni makan masa sikit.xkan kau pandai lah berenang dalam sehari. Kena rajin datang belajar .Apa lagi ea nak cerita,xda dah kot.So malas nak taip panjang-panjang lagi,korang yang baca pun mesti penat dah nak membaca kan.entah-entah ada yang nak termuntah dah baca tulisan aku ni..Haha sorry kalau bahasa aku berterabur tunggang terbalik ke hape.haha ikut suka aku la ni blog aku,aku bebas untuk menulis apa saja..cheewahh!! haha
Tenung apa tuu diknon.hehe penat dah ker?
Muka happy sambil menyelam minum air

                                  
goggle tu buat aku nampak macam masked rider ada..haha ohh xtahu masked rider tu apa? u x rock beb!!
Konklusinya,memang best berenang.
Berminat lettew .haha


Thanks for reading this entry. bye




12 comments:

  1. Best nye..teringin nak belajar berenang..asyik lemas je kat laut..tapi ta penah nak pandai..baca entry ni rse semangat nak belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun xpandai berenang gak .. jom belajar berenang sama-sama.. nnti xdalah mandi laut asyi kayuh dgn kaki jee..hahaha

      Delete
  2. jom2. aku dah start swimming.

    ReplyDelete
  3. salam.. bole saya tau mcamana you hire personal trainer?

    ReplyDelete
  4. Dik cmne nk contact personal trainner swimming awk eh

    ReplyDelete
  5. Salam.. boleh sy dpatkan no contact pgajar awak ??? Tlg email pade sy :)

    ReplyDelete
  6. Hi boleh tak saya nak mintak kwn awk tu ajar saya?

    ReplyDelete
  7. macam mana nk terapung berdiri dlm air

    ReplyDelete
  8. Macam mana nak join kelas berenang situ? Register Walk in di pusat akuatik hang jebat tu ke?

    ReplyDelete