Korang pernah pergi sabah? kalau belum pernah pergi nanti bolehla start simpan niat dan simpan duit sekali pergi vacation kat sabah.best tau..(ikut pengalaman sendiri)
Entry aku kali ni nak cerita pengalaman aku pergi sabah ritu hari..tapi sebabkan banyak sangat tempat aku pergi dan banyak sangat gambar yang aku nak share dengan korang semua so aku buatkan part la.senang sikit....aku akan tunjukkan satu-satu tempat pelancongan yang best kat sabah dengan korang.jadi xdalah pening kejap citer tempat tu.kejap citer tempat ni..aku tunjuk satu-satu eh..haaa so entry kali ni aku nak share antara salah satu tempat yang kita patut a.k.a wajib pergi kalau berkunjung ke sabah
Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang,Sabah.
Lagi satu..ladang lembu dekat sini jadi tempat pilihan untuk pengantin buat outdoor wedding photosoot..krew filem pun banyak yang buat penggambaran kat sini kalau diorang nak suasana ala-ala ladang eropah.gitteww!...
Pemandangan semasa perjalanan nak ke Desa Dairy Farm..Seriously cantik sangat-sangat. ...rumah-rumah kat atas bukit tu mesti xpayah pasang kipas kan sebab siang hari pun dah sejuk inikan plak malam..
Nak masuk sini kena bertiket.
Tiket Masuk
Dewasa - RM4.00
Kanak-Kanak - RM3.00
Waktu Operasi
8.00 pagi - 5.00 ptg
Waktu memerah/Memproses Susu
Memerah : 3.00 ptg - 5.00 ptg setiap hari
Memproses : Setiap selasa, khamis, ahad pada 10pg-2ptg
Kat sini kita boleh lihat sendiri proses memerah dan memproses susu segar. Sape yang jakun xpernah tengok lembu bolehla tengok lembu depan-depan kat sini.
okey dah sampai kat Desa Dairy Farm tapi tak masuk kat dalam lagi. ni baru kat luar pintu pagar...nampak tak makhluk berwarna hitam putih kat padang tu..nampak tak? tu lah lembu ..kekee
ishhhh tengoklah kabus kat atas gunung tu,so boleh bayangkan tak cuaca kat sini macam mana...nyamannnnn sangat.
Alamak tak nampak la pulak lembu masa ni...diorang malu kot.haha sorry tak dapat nak tunjukkan muka lembu secara dekat kat korang. Kalau korang nak bagi makan kat lembu kat sini pun boleh tau. Sini bukan setakat lembu, kambing pun ada..tapi aktiviti tu kitorang berdua tak buat sebab ramai sangat orang masa tu..lagipun kitorang dah biasa dengan kambing lembu..jadi bagilah can orang lain yang tak pernah merasa pengalaman bagi makanan kat kambing lembu. :)

This is my travel partner..haziq..anak buah den..hehe ..Masa nie dia baru habis exam spm so bawak dia jalan-jalan lepas penat pulun study spm.
say hyee kat haziq..keke
mata mana mata? hishhhh menurun sape la ni mata sepet.. kekeke...menurun maksu dia lah ni..Almaklumlah maksu dia keturunan Korea..hehehe EHHH! Apasal korang gelak? hmm
Haa owner blog pun nak selfie gak..mohon laluan...kekeke
masa kitorang datang sini time raya cina ( 1 FEBRUARI 2014) ..memang sesak sikit lar..nak parking pun susah..korang tengoklah sesak giler..sebab tu kot lembu menyorok..terkejut sebab ramai sangat yang datang melawat dia hari tuu..hehe..
Dah penat bergambar tuu boleh berhenti rehat sambil menikmati waffle dan ais krim...ais krim kat sini segar sangat sebab buat dari susu yang segar pastu makan plak sambil menikmati pemandangan yang cantik dan angin gunung yang sejuk.. xker heaven tuuu...
kalau datang Desa Dairy Farm tapi x cuba susu dia memang rugi lar sebab air susu kat sini SEDAP GILOS...korang tengoklah betapa ramai nya yang beratur nak beli..sorang beli bukan sekotak dua..berkotak-kotak..haaa cuba tengok dalam peti ais tuu..dah banyak kosong kan...diorang sampai tak sempat nak topup susu sebab ramai sangat pelanggan hari tu.
Alamak besarnya jerawat..hahaha korang jangan tengok aku sangat tau tapi tengoklah haziq tu..kejap jee dia sedut. ...susu dia segar sangat dan takda bau lembu pun..aku borong banyak gakla sebab nanti boleh minum dekat homestay. hehe
Bergambar dah..makan dah..minum dah...so kitorang move on ke destinasi seterusnya tapi yang tu aku akan cerita dalam entry yang lain ok .
Kalau nak tengok banyak lagi gambar kat sini korang boleh baca blog akak ni.klik jeee okey..
zazaabdullatif.blogspot.com
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Thank you for reading !
No comments:
Post a Comment