Wednesday, 21 January 2015
Part 1 : Lokasi Annual Dinner FTK 2015
Sedar tak sedar aku dah masuk tahun akhir dah..beberapa hari lagi dah nak tinggalkan UTeM..cepat je masa berlalu..*lari nangis belakang langsir* rasa macam baru semalam daftar masuk UTeM.. So sebagai tanda kenang-kenangan, FTK mengadakan jamuan makan malam untuk pelajar tahun akhir. Jamuan makan malam diadakan di Rumah Citra Kasih terletak di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka. Cantik sangat tempat ni..Dinner kali ni special sebab tempat dia lain dari yang lain..selalunya kan dinner diadakan di hotel atau restoren-restoren mewah tapi kali ni dinner diadakan di sebuah rumah kampung yang sangat eksklusif...
Wednesday, 31 December 2014
Monday, 3 November 2014
SABAH PART 2 - PEKAN NABALU,KOTA BELUD.
Seawal empat pagi kitorang dah bangun, mandi, solat subuh sebab jadual kami penuh..seboleh-boleh nak penuhkan satu hari dengan aktiviti yang best-best,,rugilah kalau datang bercuti semata lepak dalam homestay dan scroll facebook lepas tu instagram lepas tu weechat dan balik semula kepada facobook...tak chill kan..
Destinasi pertama kami hari ini ialah ke gunung kinabalu..yahuuu...xzabar rasanya.. kalau ke gunung kinabalu seronok pergi waktu pagi sebab cuaca dia sejuk sangat. Dalam perjalan ke gunung kinabalu, kami singgah ke Pekan Nabalu untuk breakfast. Kalau dekat sabah ni kita kenalah pandai pilih gerai makan sebab tak semua kedai makan kat sini menyediakan makanan halal, almaklumlah sabah ramai penganut kristian.
Masa kat kedai makan ya ampun mengantuk sangat sebab dapat tidur sekejap je.huhu bila mengantuk tengok makanan pun xberselera. Tapi perut haruslah diisi sebab hari ni perlukan tenaga yang banyak..banyak misi dan visi yang perlu dilaksanakan..tehee..
Lepas je isi perut kitorang apa lagi selfie la tanda sudah jejakkan kaki di sini . dan ternampaklah pulak sebiji nenas gergasi depan kedai tuu...apa lagi aku suruh Haziq posing depan nenas .. haziq ngikut jelahh kata maksuu dia..hehe
Dan selepas tu mestilah giliran maksu dia..hehe ...yang haziq punya sekeping dua je aku snap..sampai giliran aku haaa lagi-lagi..ehhh gambar ni xcantik la abg..sekali lagi..ni pun tak cantik..hahaha last last depan nenas ni saja pun dah belas-belas snap..
Lepas breakfast kami jalan-jalan sekeliling pekan nabalu.. dekat sini ada jual bermacam-macam jenis buah dan kraftangan. Patutlah ada buah nenas gergasi, memang tarikan utama dekat sini adalah buah nenas.
Buah yang dah siap potong pun ada dijual.. Buah-buah nie macam baru lepas keluar peti sejuk..sejuk sangat sebab cuaca kat sini sejuk.. Aku sempatlah beli beberapa jenis buah dan kerepek sebagai bekalan dalam kereta..kalau berjalan jauh stok makanan kereta haruslah banyak..haha dah jadi tabiat..kadang-kadang sampaikan dah xmuat nak duduk sebab seat penuh dengan makanan..
Cuaca baik sangat hari ni..Dari Pekan Nabalu ni dah nampak dah Gunung Kinabalu..tuuu kat belakang tu..
Kagum sangat dengan pemandangan depan mata.. Bersyukur sangat-sangat dapat melihat pemandangan secantik ni.. kalau bangun pagi bukak tingkap pastu dijamu dengan pemandangan macam ni mesti bersemangat nak pergi kelas....hahaa *verangan betul*
Dekat sini jadi spot terbaik kalau nak melihat sunburst.. serious cantik sangat sebab kita akan nampak matahari tu betul-betul atas gunung kinabalu tuuu...
contoh sunbusrt (gambar dari google)
Sorry for the bad skill of photography..nampak separuh je signage..haha.. sebenarnya Pekan Nabalu, Kota Belud.
Matahari dah mula naik..
Perjalanan diteruskan ke Gunung Kinabalu..Sepanjang perjalanan dijamu dengan pemandangan yang indah ni..memang memukau mata yang memndang..Segala puji-pujian pada Allah swt.
Mata asyik pandang ke luar tingkap je memasing sampai nak teleng dah kepala..haha xsabar nak sampai gunung kinabalu.. yang tu akan cerita next entry ok. ..
Thank you for reading this entry!
Thank you for reading this entry!
Sunday, 2 November 2014
SABAH PART 1 - DESA DAIRY FARM
Korang pernah pergi sabah? kalau belum pernah pergi nanti bolehla start simpan niat dan simpan duit sekali pergi vacation kat sabah.best tau..(ikut pengalaman sendiri)
Entry aku kali ni nak cerita pengalaman aku pergi sabah ritu hari..tapi sebabkan banyak sangat tempat aku pergi dan banyak sangat gambar yang aku nak share dengan korang semua so aku buatkan part la.senang sikit....aku akan tunjukkan satu-satu tempat pelancongan yang best kat sabah dengan korang.jadi xdalah pening kejap citer tempat tu.kejap citer tempat ni..aku tunjuk satu-satu eh..haaa so entry kali ni aku nak share antara salah satu tempat yang kita patut a.k.a wajib pergi kalau berkunjung ke sabah
Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang,Sabah.
Lagi satu..ladang lembu dekat sini jadi tempat pilihan untuk pengantin buat outdoor wedding photosoot..krew filem pun banyak yang buat penggambaran kat sini kalau diorang nak suasana ala-ala ladang eropah.gitteww!...
Pemandangan semasa perjalanan nak ke Desa Dairy Farm..Seriously cantik sangat-sangat. ...rumah-rumah kat atas bukit tu mesti xpayah pasang kipas kan sebab siang hari pun dah sejuk inikan plak malam..
Nak masuk sini kena bertiket.
Tiket Masuk
Dewasa - RM4.00
Kanak-Kanak - RM3.00
Waktu Operasi
8.00 pagi - 5.00 ptg
Waktu memerah/Memproses Susu
Memerah : 3.00 ptg - 5.00 ptg setiap hari
Memproses : Setiap selasa, khamis, ahad pada 10pg-2ptg
Kat sini kita boleh lihat sendiri proses memerah dan memproses susu segar. Sape yang jakun xpernah tengok lembu bolehla tengok lembu depan-depan kat sini.
okey dah sampai kat Desa Dairy Farm tapi tak masuk kat dalam lagi. ni baru kat luar pintu pagar...nampak tak makhluk berwarna hitam putih kat padang tu..nampak tak? tu lah lembu ..kekee
ishhhh tengoklah kabus kat atas gunung tu,so boleh bayangkan tak cuaca kat sini macam mana...nyamannnnn sangat.
Alamak tak nampak la pulak lembu masa ni...diorang malu kot.haha sorry tak dapat nak tunjukkan muka lembu secara dekat kat korang. Kalau korang nak bagi makan kat lembu kat sini pun boleh tau. Sini bukan setakat lembu, kambing pun ada..tapi aktiviti tu kitorang berdua tak buat sebab ramai sangat orang masa tu..lagipun kitorang dah biasa dengan kambing lembu..jadi bagilah can orang lain yang tak pernah merasa pengalaman bagi makanan kat kambing lembu. :)

This is my travel partner..haziq..anak buah den..hehe ..Masa nie dia baru habis exam spm so bawak dia jalan-jalan lepas penat pulun study spm.
say hyee kat haziq..keke
mata mana mata? hishhhh menurun sape la ni mata sepet.. kekeke...menurun maksu dia lah ni..Almaklumlah maksu dia keturunan Korea..hehehe EHHH! Apasal korang gelak? hmm
Haa owner blog pun nak selfie gak..mohon laluan...kekeke
masa kitorang datang sini time raya cina ( 1 FEBRUARI 2014) ..memang sesak sikit lar..nak parking pun susah..korang tengoklah sesak giler..sebab tu kot lembu menyorok..terkejut sebab ramai sangat yang datang melawat dia hari tuu..hehe..
Dah penat bergambar tuu boleh berhenti rehat sambil menikmati waffle dan ais krim...ais krim kat sini segar sangat sebab buat dari susu yang segar pastu makan plak sambil menikmati pemandangan yang cantik dan angin gunung yang sejuk.. xker heaven tuuu...
kalau datang Desa Dairy Farm tapi x cuba susu dia memang rugi lar sebab air susu kat sini SEDAP GILOS...korang tengoklah betapa ramai nya yang beratur nak beli..sorang beli bukan sekotak dua..berkotak-kotak..haaa cuba tengok dalam peti ais tuu..dah banyak kosong kan...diorang sampai tak sempat nak topup susu sebab ramai sangat pelanggan hari tu.
Alamak besarnya jerawat..hahaha korang jangan tengok aku sangat tau tapi tengoklah haziq tu..kejap jee dia sedut. ...susu dia segar sangat dan takda bau lembu pun..aku borong banyak gakla sebab nanti boleh minum dekat homestay. hehe
Bergambar dah..makan dah..minum dah...so kitorang move on ke destinasi seterusnya tapi yang tu aku akan cerita dalam entry yang lain ok .
Kalau nak tengok banyak lagi gambar kat sini korang boleh baca blog akak ni.klik jeee okey..
zazaabdullatif.blogspot.com
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Thank you for reading !
Saturday, 25 October 2014
Jeruk Asam Boi
Assalamualaikum....
Sekarang ni tengah viral jeruk mangga asam boi.,macam satu fenomena dah..haha. Setiap kali buka facebook mesti adalah orang post pasal jeruk asam boi..oiiiii kecur tau air liur nie..dahla aku suka giler mangga...Kalau teringin nak makan pun xsusah dah sebab sekarang ramai dah yang jual benda ni . Tapi sebab aku kedekut aku sanggup tahan keinginan dari beli..hahaha
So aku decide nak try buat sendiri sebab bila tengok resepi lahhh senang sangat,,bahan-bahan dia lima jenis jee..jadi antara rajin ker tidak je nak buat..
Petang tadi aku ajak aliah pergi kait buah mangga kat rumah classmate lelaki kat bukit beruang. Dah lama dah aku perhati pokok magga diorang,haha geram oiii kemain lebat buahnya,diorang bukan makan sangat pun.
Boleh tahan lebat lah buah mangga diorang.. Aku kait tu ada sebijik tu tepat-tepat jatuh atas kepala..adehhh sakit laa jugak. Takpe kau mangga, siaplah nanti bila aku dh dapat..aku jeruk-jerukkan kan kau.. haha
![]() |
Hasil yang dapat. teka mangga gapo ni..hehehe
jawapan : mangga epal ..kalau orang kelate dia panggil pauh epo...
Lepas je botak pokok tu kitorang balik dan singgah kedai runcit jap beli bahan-bahan dia..
OK part yang ditunggu-tunggu.. cara-cara nak membuat jerum asam boi..
1) bersihkan mangga tadi dan kupas kulit..
1) bersihkan mangga tadi dan kupas kulit..
Aku guna peeler untuk buah sebab senang,..hasil pun kemas..kalau guna pisau nanti terkupas kulit tebal sangat..membazir nanti..
Hasil selepas kupas..kang nampak kemas jee...kulit dia xpayahla kupas tebal-tebal sangat sebab ada kulit sikit-sikit rasa rangup...aku suka macam ni xtahula korang macam mana..ikut selera masing-masing.

2 ) Lepas dah kupas kulit tu potong buah mangga tadi..ikut korang la nak potong bentuk macam mana.. Kalau aku, aku suka panjang-panjang sebab senang nak makan nanti. Dah kupas basuh sekejap then biarkan air kering sikit.
Lepas tu masukkan gula (lebihkan sikit) , garam , asam boi , cili (kalau nak pedas boleh letak banyak-banyak) .. Gaul dan simpan dalam peti ais..Lepas 4-5 jam baru boleh makan...kalau dh xsabar sangat sekarang pun dah boleh makan..tapi kalau korang bersabar sikit hasil dia lagi lumayan....
Oh aku beli asam boi ni jenama combywhite .satu paket kecik ni RM2.80...
Letak dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.nanti sambil-sambil tengok running man boleh makan. Oh kat sini xnampak cili,cili maluu kot sebab tu dia menyorok bila aku nak amik gambar..haha..
Oklah..macam mana..senang kan..nanti korang buatlah..serious lagi jimat kalau buat sendiri...
Selamat mencuba !!
Thursday, 16 October 2014
Pertama Kali Jumpa Fahrin Ahmad
Assalamualaikum p/s : untuk makluman semua, kisah nie dah lama dah aku taip.. aku tgk tarikh kat draft 22hb.12.2012...bukan setakat basi dah cerita ni tapi dah jadi baja dah..haha lama gila peram dalam draft sampai 2 tahun. Sory lah setiap kali aku nak sambung cerita setiap kali tu lah busy lah,line internet slow lah, mengantuk lah, rasa nak pergi makan dulu lah last-last xsiap-siap cerita ni.. Setelah dua tahun akhirnya siap jugak entry ni..fuhhhhh!! .hahaa so baik korang baca betul-betul sebab lama ni nak taip :POkey sory sebab memebel panjang..sebab tu ah entry ni lama nak siap sebab ni la.haha maafin aku deh! >.<. Siapa xkenal Dr.Fadzilah Kamsah ? habaiq mai kat ceq..Siapa la yang xkenal beliau kan. Beliau famous sangat di malaysia nie, seorang pakar motivator dan ada program sendiri di astro....korang tengok x program bual bicara bersama doktor yang bertajuk ''SELAMI JIWA'' .sebelum ni sempatla aku tengok program beliau kat oasis tue,masa tu tetamu jemputan beliau adalah catriona ross atau lebih dikenali cat . Cat berkongsi pengalaman bagaimana beliau boleh berhijrah dari seorang yang xberhijab dan sekarang sudah memakai hijab dan menutup aurat. Alhamdulillah !
x
Subscribe to:
Posts (Atom)