Saturday 25 October 2014

Jeruk Asam Boi

Assalamualaikum....

Sekarang ni tengah viral jeruk mangga asam boi.,macam satu fenomena dah..haha. Setiap kali buka facebook mesti adalah orang post pasal jeruk asam boi..oiiiii kecur tau air liur nie..dahla aku suka giler mangga...Kalau teringin nak makan pun xsusah dah sebab sekarang ramai dah yang jual benda ni . Tapi sebab aku kedekut aku sanggup tahan keinginan dari beli..hahaha

So aku decide nak try buat sendiri sebab bila tengok resepi lahhh senang sangat,,bahan-bahan dia lima jenis jee..jadi antara rajin ker tidak je nak buat..

Petang tadi aku ajak aliah pergi kait buah mangga kat rumah classmate lelaki kat bukit beruang. Dah lama dah aku perhati pokok magga diorang,haha geram oiii kemain lebat buahnya,diorang bukan makan sangat pun.


Boleh tahan lebat lah buah mangga diorang.. Aku kait tu ada sebijik tu tepat-tepat jatuh atas kepala..adehhh sakit laa jugak. Takpe kau mangga, siaplah nanti bila aku dh dapat..aku jeruk-jerukkan kan kau.. haha



Hasil yang dapat. teka mangga gapo ni..hehehe 
jawapan : mangga epal ..kalau orang kelate dia panggil pauh epo...

Lepas je botak pokok tu kitorang balik dan singgah kedai runcit jap beli bahan-bahan dia.. 

OK part yang ditunggu-tunggu.. cara-cara nak membuat jerum asam boi..

1) bersihkan mangga tadi dan kupas kulit..


Aku guna peeler untuk buah sebab senang,..hasil pun kemas..kalau guna pisau nanti terkupas kulit tebal sangat..membazir nanti..


Hasil selepas kupas..kang nampak kemas jee...kulit dia xpayahla kupas tebal-tebal sangat sebab ada kulit sikit-sikit rasa rangup...aku suka macam ni xtahula korang macam mana..ikut selera masing-masing.

             




2 ) Lepas dah kupas kulit tu potong buah mangga tadi..ikut korang la nak potong bentuk macam mana.. Kalau aku, aku suka panjang-panjang sebab senang nak makan nanti. Dah kupas basuh sekejap then biarkan air kering sikit.



 Lepas tu masukkan gula (lebihkan sikit) , garam , asam boi , cili (kalau nak pedas boleh letak banyak-banyak) .. Gaul dan simpan dalam peti ais..Lepas 4-5 jam baru boleh makan...kalau dh xsabar sangat sekarang pun dah boleh makan..tapi kalau korang bersabar sikit hasil dia lagi lumayan....

Oh aku beli asam boi ni jenama combywhite .satu paket kecik ni RM2.80...


Letak dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.nanti sambil-sambil tengok running man boleh makan. Oh kat sini xnampak cili,cili maluu kot sebab tu dia menyorok bila aku nak amik gambar..haha..

Oklah..macam mana..senang kan..nanti korang buatlah..serious lagi jimat kalau buat sendiri...

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment