Friday 5 October 2012

Bertunang Bukan ”Tiket” Untuk Berdua-Duaan

Assalamualaikum ..
                               


Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. 


Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen
 yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.




Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti.
Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan.
Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.




Bertunang tiada bezanya dengan bercinta.
Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan,
maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan,
berpegang-pegangan
dan
 melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan
dan
 pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat,
 jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.




Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat




Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya.
Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang.
 Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah.
 Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.




Oleh itu, walaupun sudah bertunang,
jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri.
 Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas,
 tidak berdua-duaan,
tidak mendedahkan aurat,
 tidak meninggalkan solat dan sebagainya.
Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan.
Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya.
 Jagalah maruah agama,
diri dan keluarga.
 Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.




Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya
dan
 kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
 Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.





- Artikel iluvislam.com

2 comments: