Saturday 22 December 2012

Final Exam Around The Corner





Pejam celik pejam celik


tinggal dua minggu lagi nak final exam

maknanya tiga minggu lagi nak habiskan semester tiga
cepat nye masa berlalu kan
baru rasa semalam masuk UTeM nie  (ayat cliche kan) hahaha

Sekarang dah masuk minggu study week
study week tu apa? study week tu maksudnya satu minggu tue kau kena study dopoloh patjam okeyy..
pastu xboleh makan xboleh mandi xboleh tidur laa???
bahaha kalau macam tue sewel namanya
Selalunya kalau efa awal-awal study week ni xdanya nak study
hanya budak rajin je yang study
Almaklumla efa ni pemalas tahap gaban tau tak
kalau kerja tu last last minute baru nak buat
kalau esok nak hantar malam tu baru nak buat
kalau cik lecterur kata hantar pukul 5.00ptg pukul 4.00 baru efa kalut nak buat
tengok! teruk kan tahap kemalasan efa nie..tapi bukan malas sebenarnya,memang hampir semua budak engineering student macam tue,suka buat kerja last minute,katanya baru mencabar..haha.uollss jangan tiru plak perangai xelok nie,nanti merana badan.
Tapi sejak berkawan dengan org2 yang rajin nie,tetiba diri nie
rasa macam bertambah tahap kerajinan tu walaupun naik 10% je..stil naik kan?soo itu adalah berita gembira ok..hee

"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

sebenarnya kan,masa nie la kita kena amalkan kaedah belajar yang betul
patutnya pada mula lagi ..hehehe
tapi tak apa,dalam belajar xda istilah terlambat okey,semuanya sempat je
nie efa nak kongsikan sikit tips-tips untuk study week nie.nak tahu kenapa?sebabnya
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. 

Pertama : mula belek-belek buku masa study week

Jujurnya efa nak bagitahu sebenarnya efa jarang nak mengulangkaji pelajaran melainkan ada test atau kuiz atau kena siapkan assigment.kalau xdisebabkan menda alah tu memang x ulangkaji pong.hehe.Namun apakan daya,semester tiga ni banyak plak assigment kena buat so nak xnak kena banyak belajar la.
Terima kasih assigment2 ku sayang yg telah memaksa diri ini yang pemalas ini buka buku yang tebal gila tu ..

Kebiasaanya orang bila hujung-hujung study week baru nak belek buku,katanya baru ingat,kalau awal-awal baca nanti lupa.sebenarnya cara tu salah.Bila kita ulangkaji awal,kita lebih bersedia kan.xdalah kelam kabut.
macam efa,efa kalau malas setara mana pun,at least satu hari tu belek-belek note.bukan belek saja,bacalah sekali..sikit pun jadi,at least baca kan.dari xbaca langsung ?? 

Kedua : Buat jadual study week

Maknanya korang list-kan apa yang korang patut buat dalam minggu study week ni.Dari hari ahad sampai hari sabtu then sampaila hari final exam tu.
kalau dah ada jadual xda la anda rasa lost sgt kan,nak study yang mana dulu.haa dinasihatkan study subjek yang hampir dulu.tapi bila dah ada jadual ulangkaji jangan pula ponteng,buat-buat lupa..disiplin tu penting! heee~ 

Ketiga : Formula dihafal siap-siap

Subjek engineering ni banyak calculation,bila banyak calculation maknanya formula pun banyak la kan.Jadi sangatla penting untuk hafal formula siap-siap.Macamana nak hafal? Kalau stail efa la kan,efa salin formula-formula tu atas sticky note pastu tampal je kat mana-mana sesedap rasa.tempat yang kita tampal tu mestilah tempat yang selalu kita lalu,so setiap kali kita lalu kita akan nampak sticky note tu dan automatiknya kita akan baca .
Tapi apa pun,idea tu lebih mujarab kalau kita selalu buat latihan soalan.Of course la kita akan jumpa dgn formula2 yang panjang macam hape kan.bila kita dah selalu guna kita akan mudah ingat.kan?
Yang penting kena ingat formula2 ni awal-awal sebab dalam exam selalunya dia bagi basic formula je pastu kita kena derive sendiri.So.sediakan payung sebelum hujan ok.

Keempat : Elakkan gangguan emosi

Maksudnya semua perkara yang merungsingkan dan boleh mengganggu konsentrasi belajar perlu diketepikan.Selalunya kan,masa ni lah kita fikir nak pergi shopping,pastu alamak terfikir duit plak xda macamana nak pergi shopping,xkan nak hutang kawan,alamak!hutang sebulan lepas xbayar lagi...alamak! alamak! alamak! ...Haaaa tudiaaaa~~masa tu jugalah semua benda nak mai kan.boleh serabut akal fikiran kan.
  Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Kelima : Tidur Awal
Haa yang ni tersangat-sangatla penting lebih-lebih buat i...lalallala~
Nak kata awal sangat tu xlah dalam pukul 11 atau 12 malam.Tujuannya untuk bangun awal la sikit esok.Kalau pukul 4.00pagi baru nak tidur maknanya ting tong la esok.Entah-entah lepas zohor baru nak bangun kan.Anda dah rugi kat situ sebabnya belajar di awal pagi lebih mudah masuk dari belajar di petang hari.betul x? Efa xsuka tahan-tahan mata nie supaya xtidur semata-mata nak stay up..kalau mulut dah menguap selang satu minit maknanya memang badan anda nak rehat dan kalau anda paksa juga belajar xkemana pun,xkan masuk,percayalah.
Bagi siapa yang xdapat tidur awal dan paksa tidur juga,bacalah note anda,comfirm tidur punya..haha betul...
Rasanya hanya tulah yang mampu efa bagi.kalau rasa nak banyak lagi tips-tips nya boleh tanya pakcik Google ok.Sebenarnya masing-masing ada cara sendiri untuk mempersiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan.Jadi atas diri anda sendiri bagaimana untuk laksanakannya.Semua ada style sendiri kan,nak ikut Alhamdulillah xnak ikut pun xapa.
Moga apa yang efa beri tu bermanfaat untuk kalian semua.

Akhir sekali,selamat menenpuhi peperiksaan bagi semua warga pelajar di seluruh malaysia.
kepada pensyarah-pensyarah saya ucapkan jutaan terima kasih sebab banyak memberi tunjuk ajar.terima kasih bagi hint...hehehe moga-moga dgn hint tu memudahkan kami untuk belajar

kepada kawan-kawan yang banyak tolong beri semangat dan bagi meniru tunjuk ajar assigment,kuiz,test,banyak-banyak terima kasih untuk anda semua,semoga Allah memberkati setiap ilmu yang kalian curahkan kepada insan yang xberapa pandai nie.T__T
Dalam kesempatan ini ingin memohon maaf kalau ada salah dan silap pada kamu semua.
Doakan kami berjaya !










Maaf taufiq Wannajah (^__^)V

No comments:

Post a Comment