Thursday 16 October 2014

Pertama Kali Jumpa Fahrin Ahmad


Assalamualaikum p/s : untuk makluman semua, kisah nie dah lama dah aku taip.. aku tgk tarikh kat draft 22hb.12.2012...bukan setakat basi dah cerita ni tapi dah jadi baja dah..haha lama gila peram dalam draft sampai 2 tahun. Sory lah setiap kali aku nak sambung cerita setiap kali tu lah busy lah,line internet slow lah, mengantuk lah, rasa nak pergi makan dulu lah last-last xsiap-siap cerita ni.. Setelah dua tahun akhirnya siap jugak entry ni..fuhhhhh!! .hahaa so baik korang baca betul-betul sebab lama ni nak taip :POkey sory sebab memebel panjang..sebab tu ah entry ni lama nak siap sebab ni la.haha maafin aku deh! >.<. Siapa xkenal Dr.Fadzilah Kamsah ? habaiq mai kat ceq..Siapa la yang xkenal beliau kan. Beliau famous sangat di malaysia nie, seorang pakar motivator dan ada program sendiri di astro....korang tengok x program bual bicara bersama doktor yang bertajuk ''SELAMI JIWA'' .sebelum ni sempatla aku tengok program beliau kat oasis tue,masa tu tetamu jemputan beliau adalah catriona ross atau lebih dikenali cat . Cat berkongsi pengalaman bagaimana beliau boleh berhijrah dari seorang yang xberhijab dan sekarang sudah memakai hijab dan menutup aurat. Alhamdulillah !



Inilah Catriona Bahrin Ross. Cantikkan kak Cat sekarang bila dah bertudung,semakin berseri-seri =P Aku jelesss gila dengan lesung pipit cat,
bila dia senyum wahhhh! manis sangat. Kalau aku ada lesung pipit entah-entahmuka aku macam pretty zinta kott...Eh!




Dan inilah beliau yang aku dan rakyat malaysia hormati.


DATO' DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH.



Kisah dia macam nie pada hari yang bertarikh 29 September 2012, telah berlangsungnya program bual bicara  dari motivator terkenal ini yang bertempat Bangunan Dewan Besar UTeM,Kampus Induk Durian Tunggal . Tajuknya 

'' RAHSIA MENCARI PASANGAN''






Untuk mendapatkan jodoh selain berdoa kena la berusaha gak :) Disebabkan aku masih takde pasangan  so sangat-sangatla sesuai nak join event ni.
hihihi >.< mana tahu kan lepas pergi program ni tiba-tiba bertemu jodoh ker? kita xtahu kan .. Eh!

Pada program hari itu, Dr telah menjemput dua orang panel jemputan yang merupakan selebriti yang terkenal di malaysia tak lain tak bukan Fahrin Ahmad dan Wardina Saffiyah.FAHRIN AHMAD tuuuuuuu... Korang semua tahu kan yang aku ni minat sangat-sangat kat fahrin ahmad sampaikan aku sanggup jatuhkan maruah aku dengan main crop-crop gambar fahrin guna paint.haha hina kan. Yelah nak guna photoshop bagai tu aku xpandai pulak. aku kan buta IT. mihmih









                Macam real kan? haha Sape nak belajar pm okeh! kahkah

Banyak lagi sebenarnya yang aku edit tapi malu lah nak tunjuk banyak-banyak.kang ada yang muntah hijau nanti kang.


Bila tahu yang dia nak datang UTeM, aku dah excited xterkata. Adrenalin aku bergaduh sesama sendiri dalam badan sampaikan aku berpeluh-peluh walaupun tengah duduk xbuat pape pun. haha dahsyat x dahsyat. Ibarat macam orang mengantuk disorongkan bantal..Orang lapar ditawarkan makanan..macam tu lah


Aku promote program ni kat kawan-kawan aku, suruh diorang join sekali tapi ramai xberminat..EH diorang xminat fahrin ahmad ke, aku sorang je ke sebenarnya yang minat fahrin nie??? okey et say lah xnak pergi sebab xminat fahrin tapi ada wardina safiyyah..Wardina pun xminat? hmmm Dr Fadzilah kamsah xkan korang xminat gak,,tipu ahhhhh !!!!

tapi rupanya ramai yang tak berminat sebab program tu berbayar dan satu lagi program tu buat hari weekend jadi ramai yang nak balik rumah lagi-lagi rumate aku, Sarah.Dia pantang cuti mesti balik rumah. Kalau xda siapa yang nak pergi maknanya aku pun xdapat pergi la sebab aku takut nak pergi sendiri.

Mula-mula tu sedih gak sebab macam xdapat pegi sebab xda geng, xbestla pergi sorang-sorang kan. T_T

Malam tu aku lepak rumah anne. Anne tu kawan aku masa orentasi tapi dia fakulti lain. Tiba-tiba je anne tanya aku


''ehh efa,kau nk x pergi program Dr Fadzilah tu?
aku nak pergila tapi xda kawan" -Anne

Hah!! apa lagi,memang seronok la,akhirnya ada gak geng pergi program tu. Terus keluar bintang atas kepala aku pastu tiba-tiba keluar gambar fahrin yang tengah senyum..hakhak berangan duhh! Jadi Anne la yang uruskan semua tiket apa, dia memang efficient bab-bab management ni. Aku relax je semua dia buatkan.

Esoknya 29/9/2012 program tu akan berlangsung. Pada malam sebelum nak pergi tu tetiba ada masalah pulak. Kami xda kenderaan nak pergi dewan besar kat induk. xda bas yang disediakan untuk pergi ke sana kami plak dua-dua xda kenderaan sendiri..malam tue aku risau sangat-sangat, sebab takut tak dapat pergi. Anne cuba usaha cari jalan, cuba pinjam kenderaan dari kawan-kawan dia tapi takda. weekend kan semua nak guna kenderaan. Aku plak cuba message (2012 takda whatsapp lagi) classmate nak pinjam motor, dia plak tak dapat pinjamkan sebab nak guna. masa tu tak tahu kenapa aku rasa kecewa sangat sampai menitis air mata sebak sikit. hehe cengeng ! masa tu rasa kecewa tahap giler-giler la..Nasib baiklah tak jadi gila malam tu, kalau tak sekarang korang tengah melawat aku kat spital.hehe

Aku cuba msg yusri (kawan kelas) 
yus plak kata dia nak guna moto dia sebab esok dia nak pergi wonderland.
Aku pun kata dalam hati memang dah xda harapan dah ni tapi hati terus berdoa. tiba-tiba yusri tweet, kau betul ke nak guna motor? ambil la, aku boleh tumpang kawan aku..masa tu kan aku menjerit dalam bilik,happy nya...tadi bukan main melalak sedih,sekarang teriak happy..hehe
biarlah,asalkan aku dapat pergi program tu..
malam tu aku dah set dalam kepala nak bangun awal esok, kunci alarm bagai, Volume alarm set yang paling maximum,bahaha :p
betapa excitednya hanya tuhan yang tahu.....Syukur Alhamdulillah !






Lepas je zohor kami merempit menunggang motosikal ke induk..masa tu dah rasa lewat...padahal baru 1.30 hari...gelabah sangat takut xsempat sampai sebelum program mula. Aku bawak moto macam apa entah,laju gilerrr  (sorry yus,hehe)..tapi bila aku rasa dah laju sangat aku slow down kan moto...kata kat diri sendiri tak boleh mcm nie.. jgn bawak laju-laju..banyak dah excident berlaku kat highway nak ke UTeM...Aku dahla bawak anak dara orang kat belakang...moto pulak motor orang sempat muhasabah diri tengah-tengah bawak motor tu..

tiba-tiba ingat tagline

''Biar Lambat Asal Selamat''

Dalam pukul dua petang tu, kami sampai kat induk, masa tu tak ramai lagi tetamu yang hadir, tak tahula samada kami ni terlebih awal tak pun tetamu yang lewat. Tapi ada untung gak bila datang awal.. dapatla kami cop tempat duduk yang best .hehehe
sebelum tu sempat la bergambar kejap time orang xda lagi. jangan bazirkan peluang yang ada ! hehe (^__^)



kat luar dewan, aku tertarik dengan kereta bmw biru nie...firasat aku kuat kata ni kereta fahrin.terus kitorang snap ..sebab xnak nampak sangat nak tangkap gambar kereta ,aku suruh Anne posing depan tuu..Terima Kasih Anne...teheee :)



Ehem..tEHEEE (^__^)v
and memang betul ni kereta Fahrin sebab nampak masa nak balik tu Fahrin drive kereta nie. Hebat gak firasat aku.

                           

maafla gambar xclear
#kamera cikai jee...
#baju selekeh...
#tudung serabai...
#muka pucat macam ayam berak kapur...
#mata sepet yang tue memang xleh nak ubah dah...


Dalam pukul 2 setengah tu tetamu semua sampai...mata xpayah cakap la,dok melilau-lilau tunggu kelibat fahrin ahmad nervous mak aihhh, jantung nie dup dap dup dap jeee...hee *ngada* Bila dah dekat setengah jam tunggu xda muncul-muncul pun lagi kepala pun dah teleng jadi aku fokus jelaa kat depan.. tekan butang camera selfie dgn anne..Lama lepas tuu anne tampar bahu aku "effa!!! effa!! Fahrin Ahmad kat belakang..APA????????? Zasssss!! terus toleh belakang,memang fahrin ahmad larhh! Tersangatlaaa macho dan tampannya fahrin..sebelum ni tengok dalam tv hensem kemain, kat luar 10xganda kuasa dua hensemnyerrrr... Kat situ jugak aku cair weyhh...heheheh yang kelakarnya, badan menggigil macam duduk kat kutub utara..sampaikan nak tekan screen camera pun ketar-ketar. Last-last Fahrin Ahmad dah jalan sampai kedepan..Masa tuuu rasa rugi gila sebab xsempat snap gambar fahrin ahmad.
kecewanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! T___T

Anne kata xpe, nanti masa Fahrin nak turun pentas tu kau snap la gambar dia
lepas jee anne kata macam tu tiba-tiba ada semangat baru. ok xpe! nanti Fahrin turun aku get ready awal-awal ok. So dalam dua jam tu dengarlah celoteh Dr Fadzilah, Fahrin dgn kak wardina. Aku respect la kak wardina.. dia pandai bagi nasihat,kata-kata dia memang menusuk kalbu

''Mana-mana wanita yang tidak rapat dengan ayah adalah berisiko besar untuk menagih kasih dari kekasih''


''sebelum mencintai orang lain,cintailah diri sendiri''


''Cinta sepatutnya tidak merosakkan''


(^__^)V

=

=

=



Ni masa yang ditunggu-tunggu oleh aku..sesi bual bicara dah tamat..semua panel berdiri dan ada sesi pembahagian cendera hati..Bila je Fahrin bangun dan melangkah kaki turun tangga pentas aku pun bangun sekali..padahal masa tu xda sorang pun yang bangun..ahhaa peduli apa..tapi selepas je aku bangun orang lain pun bangun sekali..Butang kamera dah tekan siap-siap
bila je fahrin ahmad lalu depan aku..zappp terus snap..tapi banyak gambar tak jadi..banyak kalau tak kabur ada yang interframe pastu nampak mata jelah,,nampak hidung jelah...huhu nyampah !!..
Aku dari rumah dah pasang niat nak bergambar sebelah Fahrin tapi bila tengok keaadan macam xmustahil jer..asal aku nak g dekat mesti ada orang block aku. Fahrin dah kedepan sana nak keluar dari dewan besar. Anne bisik kat aku xpelah efa xda rezeki lar tu..aku pun jalan lah kedepan.masa tu dah redha dah xdapat bergambar sama.. 




tengok ah gegar tahap apa..stresss tauuu.. !



Yang sebelah Fahrin tu classmate tu, bila aku tgk balik eh macam kenal...Anuar rupanya..cissss macam mana dia boleh dok sebelah Fahrin un xtahu..Eh Anuar pun minat Fahrin gak ker.? xsangguppp aku bermadu dengan Anuar...gahahaa


TIBA-TIBA !!!

Aku nampak Fahrin kat depan mata aku pastu kan xda sape weyhh berdekatan dia.!!!!!!..Jarak aku dengan fahrin dalam dua meter je. Masa tu Anne dah pegang tangan aku dia suruh bagi handphone aku sebab dia nak get ready,kalau ada jee peluang dia nak snap terus..haha kan aku cakap dah Anne ni efficient orangnya...
Masa Fahrin betul-betul depan aku...aku dah tekad nak tegur dia tapi masa tu aku tengah nervous..eh nak panggil dia dengan nama apa ekkk..
AWAK - macam umur sebaya jeee dengan dia
ABANG - isshhhh meremang bulu roma,rasa terawang-awangan
OI - dikatakan biadap pulak nanti

Okey xsempat aku nak decide nak panggil apa sebab fikr saja dah makan masa 20tahun jarak aku dengan Fahrin setengah meter je..Aku xpernah tengok Fahrin sedekat tu...aku jadi nervous gila..seriouslyyy badan aku kaku mata aku xberkelip tengok dia lagi-lagi mata kitorang bertembung..Dengan tak sengaja nyaa aku terkeluar soalan paling bangang sekali dalam hidup aku

Abe...boleh kita amik gambar bersama??"
WHAT!!????? aku terpanggil dia abe..hahahahhahahahahhaha aku xsedar pun.... pertuturan aku xselari langsung dengan fikiran aku masa tu...bila aku nervous aku memang macam ni.kadang-kadang cakap benda entah pape,lepas tu bila fikir balik apa yang aku dah cakap nie,malunyeeeeeeeeeee 0___0

Fahrin masa tu bagi respon, first aku dengar suara dia secara live depan mata,fuhhh muka dah hensem suara plak macho...seriussss aku dah bagai tisu yang berterbangan ditiup angin ribut melayang-layang dengan redha..hahaha mula-mula Fahrin menolak permintaan aku sebab dia nak cepat katanya..ada event lain dan dia dah lambat...Aku tak putus asa..aku cakap 

pleaseeeeee! (dengan muka doploh sen)

At last Fahrin angguk kepala dia tanda setuju..yahooooooo aku berjaya..haa power jugak taktik aku..hahaa ...jadi terciptalah sejarah paling manis dalam hidup aku kat UTeM nie...hikhik

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






Masa nak balik tuu,lama gakla calm down tepi tasik dgn Anne sebab tangan aku gigil..xboleh nak bawak motor...Anne plak xpandai bawak moto...Haha masa tu Anne cakap kalau dia toreh muka aku dengan pisau memang xkeluar darah..pucat lesi...hahahaha yeke Anne? Apa-apa pun thankyou Anne sebab temankan aku,kalau tanpa kau dan izin Allah aku xdapat jumpa Fahrin lagi selepas cubaan pertama gagal di mydin masa promosikan Garnier...


Akhirnyaa habis gak cerita aku  ''Pertama Kali Jumpa Fahrin Ahmad''....





Thank You for reading..... :)




x

3 comments:

  1. omg gambar last tu pun buat aku berdebar-debar jugak. awwww!

    ReplyDelete
  2. pewwwiiittt!!!!! efa, kau gi la cuci gambar tu. aku nak hadiahka frame utk kau. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha total package laaa...frame jee buat apa :P

      Delete