Monday 3 November 2014

SABAH PART 2 - PEKAN NABALU,KOTA BELUD.



Seawal empat pagi kitorang dah bangun, mandi, solat subuh sebab jadual kami penuh..seboleh-boleh nak penuhkan satu hari dengan aktiviti yang best-best,,rugilah kalau datang bercuti semata lepak dalam homestay dan scroll facebook lepas tu instagram lepas tu weechat dan balik semula kepada facobook...tak chill kan..



Destinasi pertama kami hari ini ialah ke gunung kinabalu..yahuuu...xzabar rasanya.. kalau ke gunung kinabalu seronok pergi waktu pagi sebab cuaca dia sejuk sangat. Dalam perjalan ke gunung kinabalu, kami singgah ke Pekan Nabalu untuk breakfast. Kalau dekat sabah ni kita kenalah pandai pilih gerai makan sebab tak semua kedai makan kat sini menyediakan makanan halal, almaklumlah sabah ramai penganut kristian.

Masa kat kedai makan ya ampun mengantuk sangat sebab dapat tidur sekejap je.huhu bila mengantuk tengok makanan pun xberselera. Tapi perut haruslah diisi sebab hari ni perlukan tenaga yang banyak..banyak misi dan visi yang perlu dilaksanakan..tehee..
Lepas je isi perut kitorang apa lagi selfie la tanda sudah jejakkan kaki di sini . dan ternampaklah pulak sebiji nenas gergasi depan kedai tuu...apa lagi aku suruh Haziq posing depan nenas .. haziq ngikut jelahh kata maksuu dia..hehe

                            



Dan selepas tu mestilah giliran maksu dia..hehe ...yang haziq punya sekeping dua je aku snap..sampai giliran aku haaa lagi-lagi..ehhh gambar ni xcantik la abg..sekali lagi..ni pun tak cantik..hahaha last last depan nenas ni saja pun dah belas-belas snap..




Lepas breakfast kami jalan-jalan sekeliling pekan nabalu.. dekat sini ada jual bermacam-macam jenis buah dan kraftangan. Patutlah ada buah nenas gergasi, memang tarikan utama dekat sini adalah buah nenas.


Buah yang dah siap potong pun ada dijual.. Buah-buah nie macam baru lepas keluar peti sejuk..sejuk sangat sebab cuaca kat sini sejuk.. Aku sempatlah beli beberapa jenis buah dan kerepek sebagai bekalan dalam kereta..kalau berjalan jauh stok makanan kereta haruslah banyak..haha dah jadi tabiat..kadang-kadang sampaikan dah xmuat nak duduk sebab seat penuh dengan makanan..




Cuaca baik sangat hari ni..Dari Pekan Nabalu ni dah nampak dah Gunung Kinabalu..tuuu kat belakang tu..




Kagum sangat dengan pemandangan depan mata.. Bersyukur sangat-sangat dapat melihat pemandangan secantik ni.. kalau bangun pagi bukak tingkap pastu dijamu dengan pemandangan macam ni mesti bersemangat nak pergi kelas....hahaa *verangan betul*
Dekat sini jadi spot terbaik kalau nak melihat sunburst.. serious cantik sangat sebab kita akan nampak matahari tu betul-betul atas gunung kinabalu tuuu... 



contoh sunbusrt (gambar dari google)

 Sorry for the bad skill of photography..nampak separuh je signage..haha.. sebenarnya Pekan Nabalu, Kota Belud.


Matahari dah mula naik.. 



Perjalanan diteruskan ke Gunung Kinabalu..Sepanjang perjalanan dijamu dengan pemandangan yang indah ni..memang memukau mata yang memndang..Segala puji-pujian pada Allah swt.



Mata asyik pandang ke luar tingkap je memasing sampai nak teleng dah kepala..haha xsabar nak sampai gunung kinabalu.. yang tu akan cerita next entry ok. ..


Thank you for reading this entry! 


2 comments:

  1. laaa.... tu gambar anak sedara ker? muka dah sama mcm muka orang sabah... ramai orang sabah ni yg chinese look.... saya orang sabah pun tak pernah dapat buat gambar sunburst tu... nanti nak cuba sekali

    ReplyDelete